Ada orang suka mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan dan berhariraya di sana. Memang bagus sekali berpuasa disana. Mengerjakan umrah dalam bulan Ramdhan meyamai satu kali haji atau haji bersama Nabi Sallallaahu `alaihi wasallam. Namun begitu bagi sesiapa yang nak berpuasa dan brhariraya di sana mesti uruskan visa cepat kerana visa umrah ditutup pada 15 Ramadhan, tapi tak tentu juga, undang-undang tok `Arab ni selsalu berubah. Oleh itu nasihat saya kepada yang nak sambut syawwal di sana supaya uruskan visa awal-awal lagi supaya tidak terkandas nanti. Mereka yang pergi dalam bulan Syawwal ini pula mesti keluar dari `Arab Saudi sebelum 15 Syawwal(27.10.2007 )kerana jemaah haji mula sampai .
Pada tahun-tahun hadapan saya nasihatkan kepada sesiapa yang nak pergi mengerjakan umrah dalam bulan Rabi`ul Awal biarlah tengah bulan kerana kita bimbang visa umrah tak dikeluarkan lagi , sepertimana berlaku di tahun-tahun yang lepas mengakibatkan ramai jemaah terkandas dan tarikh keberangkatan ditunda.Saya selalu menasihati orang yang nak pergi dengan saya tahun-tahun lepas agar kita tidak pergi awal bulan Rabi `ul Awwal kerana belum tentu permohonan visa umrah dibuka. Kita tak boleh lihat senario tahun lepas kerana undang-undang arab ini tak selalu sama, tahun ini lain, tahun depan pula lain. Undang-undang yang mereka buat boleh berubah bila-bila masa sahaja.
Banyak travel agensi yang telah menempah seat pesawat Saudia kerana mengikut perkiraan mereka di tahun-tahun lepas walau pun mereka tak dapat visa umrah tetapi kedutaan Arab Saudi mengeluarkan visa ziarah untuk mereka yang menaiki pesawat Saudi Arabia sahaja. Manakala mereka yang nak menaiki pesawat yang lain terkandas.
Sebenarnya pemberian visa ziarah ini hanya diberikan semenjak beberapa tahun kebelakangan ini sahaja. Sebagaimana yang saya jelaskan bahawa undang-undang Arab ini tak menentu dan boleh berubah bila-bila masa sahaja.WALLAAHU `AA`LAM
Kebanyakan travel agensi salah perhitungan, tiga tahun lepas, kalau tak silap saya , visa mula dibuka untuk permohonan pada 15 Safar. Kemudian selepas itu pada tahun berikutnya travel agensi fikir visa dibuka seperti tahun sebelumnya, oleh itu mereka berlumba-lumba booking tiket awal ( siapa cepat dia dapat ) tetapi malangnya sangkaan mereka tak betul akibatnya ramai jemaah terkandas dan penerbangan mereka ditunda. Begitulah setiap tahun ada yang terkandas kerana nak pergi awal sedangkan belum tentu visa di buka awal.
Untuk pengetahuan semua ,berdasarkan pengalaman saya yang pernah tinggal lebih kurang 6 tahun di Madinah , bahawa setiap tahun tarikh visa umrah mula dibuka berubah-ubah. Ini bergantung kepada kementerian Dalam Negeri Arab Saudi. Apabila menterinya berpuas hati dengan gerakan pembersihan pendatang asing , barulah visa umrah dibuka.
Sejak 15.3.2007 visa umrah telah dibuka untuk permohonan tetapi malangnya pihak kementerian Haji di Makkah tidak membuka sistem nya menyebabkan syarikat menguruskan visa tidak dapat no siri visa umrah dan menyebabkan tidak dapat menguruskan visa. Minggu lepas saya pergi ke syarikat menguruskan visa iaitu Umrahaj dan disitu saya lihat beribu-ribu pasport yang tak dapat lagi di uruskan visa disebabkan yang telah saya sebut sebentar tadi. Passport yang paling banyak ialah dari syarikat Andalusia sebanyak lebih dari seribu kemudian di ikuti oleh Tabung Haji.
Hari jumaat barulah kementerian Haji buka sistemnya tetapi no siri tak dapat lagi. Mengikut rakan saya tuan punya syarikat Umrahaj hari ahad ini baru dapat no siri tetapi paspot hanya boeh diserahkan kepada kedutaan Arab Saudi pada hari Isnin. Saya tak dapat bayangkan bagaimana kedutaan Saudi nak chop visa di paspot kerana ribuan paspot nak diuruskan.
Walau bagaimana pun marilah kita sama-sama berdoa supaya semua jemaah yang nak pergi bulan March ini dihantar ALLAH ke tanah suci . Hanya kepada ALLAH tempat kita bermohon. ALLAH berkuasa diatas segala-galanya.
Dengan ini sekali lagi saya mengingatkan kepada semua dan juga pihak travel agensi yang melayari laman ini agar tidak mengulangi lagi kesilapan pada tahun-tahun hadapan. Janganlah kita sangka tahun lepas kementerian haji membuka permohonan visa pada 1 rabi`ul awwal dan pada tahun ini pun begitu juga. Seperti yang saya telah jelaskan sebelum ini tok `Arab ini tak menentu. Mereka boleh mengubah undang-undang bila-bila masa sahaja. Oleh itu di tahun-tahun hadapan kalau nak advertise pakej umrah atau nak tempah flight biarlah selepas 15 Rabi`ul Awwal supaya lebih selamat. WALLAAHU `AA`LAM
Sekian semoga bermanfaat
Wassalaamu` alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Saturday, March 31, 2007
UMRAH BULAN RABI`UL AWWAL DAN SYAWWAL
UMRAH MUSIM CUTI SEKOLAH,RAMADHAN DAN MUSIM PUNCAK
Assalaamu`alaikum semua. Saya harap anda semua di beri kesihatan oleh ALLAH untuk mengabdikan diri kepadaNYA.
Kali ini saya ingin terangkan kepada anda tentang berumrah dalam waktu puncak ( peak season ) seperti cuti sekolah di Malaysia, cuti di Negara –negara Arab teluk dan bulan Ramadhan. Harganya naik antara 200 RM - 300RM.
Harga tidak menjadi masalah.bagi anda , walau pun harganya naik rasanya anda mampu membayarnya tetapi masalah yang paling utama ialah untuk mendapatkan seat pesawat kerana terlalu ramai orang nak pergi cuti sekolah. Mengikut rekod tahun-tahun lepas seramai 15000 rakyat
Saya pun nak pergi cuti sekolah bulan Mei ini tetapi saya beri cadangan sekiranya boleh , kita pergi mungkin beberpa hari sebelum cuti sekolah atau minggu pertama dalam cuti kerana nak dapatkan seat betul-betul dalam cuti sekolah amat sukar sekali.
Sepanjang saya memimpin jemaah , sebanyak 4 kali kami berangkat dalam cuti sekolah dan satu kali dalam bulan puasa. Untuk pengetahuan anda musim cuti sekolah dan bulan puasa adalah musim puncak, harga ticket naik antara 200RM - 300 RM dan nak dapatkan seat adalah sukar tetapi melalui cara yang saya lakukan alhamdulillah setakat ini saya tidak pernah terkandas. Tahun-tahun lepas saya beritahu jemaah bahawa belum tentu akan dapat seat pada tarikh yang kita inginkan, cuma saya boleh berikhtiar sahaja dan jangan terlalu mengharapkan sangat tarikh yang kita nak pergi kerana mungkin kita dapat seat sebelum bermulanya dua tiga hari atau 1 minggu cuti sekolah atau sesudahnya.
Oleh kerana saya cakap begitu , ada jemaah yang tidak yakin kepada saya dan tak mahu pergi dengan saya. Saya nak buat macam mana, saya tak akan berjanji sepertimana orang lain berjanji yang akhirnya tarikh ditunda.
Seperti yang saya telah jelaskan dalam mesej terdahulu bahawa pada cuti sekolah 2004 , sewaktu saya nak mengerjakan `umrah kawan isteri saya nak ikut sama ,namun begitu suaminya nak pergi dengan orang lain yang mem promote
Mengikut jadualnya dia bertolak dahulu daripada saya tetapi akhirnya saya dan jemaah saya seramai 10 orang ( termasuk saya ) bertolak dahulu ke Makkah sedangkan dia belum bertolak lagi kerana ditunda keberangkatan beberapa kali. Dia lewat 3 hari dari saya.
Di Makkah, kami bertemu dengannya dan dia menceritakan kesukarannya kerana banyak kali transit, ada diantara jemaah itu terkandas di Yaman kerana tiket tak confirm. Kemudian dia berangkat ke Jedah 2 hari sebelum saya . Ini bermakna pakej dia hanya 10 hari sedangkan janjinya 2 minggu. Tiba-tiba pada malamnya dia datang ke tempat saya , mengatakan mereka balik semula ke Makkah kerana tiket tak dapat confirm. Dia kata ustaz dan ustazah yang membimbing mereka menyuruh membayar dam seekor kambing kerana mereka sudah pun mengerjakan tawaf wada`( yang benar sebutannya ialah wada` , bukan wida` ) . Saya suruh dia beritahu jemaahnya supaya jangan menbayar dam , apabila keluar dari Makkah nanti hendaklah sekali lagi mengerjakan tawaf wada`.
Tahun lepas bapa sepupu saya ( sepupu ayah saya ) yang tanya saya umrah cuti sekolah. Saya beritahu dia bahawa cuti sekolah susah nak dapat seat . Bapa sepupu saya dan 60 orang rakan-rakan dan jirannya nak ikut pergi bersamanya dan dialah yang mereka serahkan untuk buat urusan. Mereka ini semua nak naik pesawat MAS atau Saudia kerana tak nak singgah dimana-mana tempat. Saya katakan sukar nak dapat seat MAS dan Saudia pada musim cuti sekolah tetapi kalau nak naik pesawat
Mungkin ada yang beranggapan bahawa pesawat Saudi turun di Madinah tetapi untuk pengetahuan anda walau pun boleh turun di Madinah tidak semestinya sampai di Jedah terus dapat naik pesawat ke Madinah kerana ada yang tunggu berjam-jam sehingga 6 jam pun ada untuk mendapatkan pesawat ke Madinah. Saya sejak dari dahulu lagi tak mahu naik Saudia kerana pesawatnya bukan baru, pesawat-pesawat yang baru digunakan untuk destinasi ke Eropah.
Sebelum itu dalam bulan Mei 2007 saya pergi dengan pesawat
Selepas itu saya tak bertemu lagi dengan bapa sepupu saya itu. Akhirnya apa jadi ?? Di Makkah saya bertemu dengannya dan saya tanya bertanya. Dia malu-malu menceritakan apa yang telah berlaku. Yang malangnya mereka dapat pergi setelah seminggu cuti sekolah berlalu dan keinginan mereka nak bertolak serentak dengan pesawat MAS tak berjaya, semuanya naik pesawat Qatar dan kumpulan mereka berpecah pula, tak dapat bertolak pada tarikh yang sama. pula. Dia kata , memang betul apa yang saya kata dahulu. Saya kata kepadanya : " Kalau nak naik pesawat
Saat yang paling genting sekali bagi saya untuk mendapatkan seat pada waktu cuti sekolah ialah tahun 1994, iaitu kali pertama saya bawa jemaah seramai 15 orang . Ketika itu cuti sekolah bulan Desember. 2 minggu sebelum cuti sekolah, Dr Mahathir umumkan bahawa rakyat Malaysia dibenarkan melawat Baitul Maqdis dan mereka yang ingin mengunjungi Baitul Maqdis diminta datang ke immigresyen untuk dicopkan passport nya. Sejak pengumuman itu, ramai rakyat Malaysia berebut-rebut nak naik pesawat Royal Jordanian ( RJ ) kerana Amman, ibu negara Jordan adalah pintu masuk untuk ke Baitul Maqdis kerana urusan visa dibuat di Amman.
Ketika itu saya berada dalam saat yang sukar kerana semua jemaah nak naik pesawat RJ sedangkan nak masuk ke Baitul Maqdis belum tentu dapat lagi. Saya dapat tahu ini kerana saya tanya Manager RJ sendiri dan dia kata masih tak jelas lagi kerana kerajaan
Oleh kerana terlalu ramai yang nak naik pesawat RJ, ticket RJ yang sebelum ini harganya paling murah ( lebih kurang harga ticket pesawat
Sejak tahun 1994 lagi saya berurusan dengan travel agensi kerana saya beli tiket dari mereka. Oleh kerana lama berurusan dengan travel agensi maka saya dah faham sangat dengan sikap dan attitude tuan-tuan punya agensi.
Oleh itu berhati-hatilah berurusan dengan travel agensi kerana kalau anda tanya mereka , mereka jawab boleh sahaja sedangkan mereka pun tak tahu samada boleh dapat seat atau tidak. Kalau mereka kata " nanti kita buat tempahan dan tak tahu lagi samada boleh dapat seat atau tidak ", mereka takut jemaah lari kepada travel yang lain. Sebab itulah mereka kata boleh pergi dalam cuti sekolah.
Sebagaimana yang telah saya jelaskan bahawa matlamat utama rakyat
Untuk pengetahuan anda, ada di antara travel egensi yang tidak mahu mengatakan kepada pelanggan perkara yang sebenarnya berlaku berkaitan dengan urusan penempahan tiket ( seat pesawat ).Ini adalah disebabkan sekiranya mereka katakan perkara yang sebenar , mereka takut pelanggan lari ke travel yang lain. Sebab itulah kalau kita tempah tiket pada tarikh yang ditetapkan seringkali kita dapat jawapan yang memuaskan dan meyakinkan, tetapi akhirnya mungkin tarikh itu ditunda. Mereka bukannya menipu wang jemaah, jarang sangat yang menipu jemaah. Cuma yang selalu berlaku ialah penangguhan penerbangan. Inilah antara sebab-sebab mengapa saya uruskan sendiri jemaah saya. Saya hanya beli tiket melalui travel egensi dan saya tak bayar wang deposit tiket sekiranya tiket tak dapat confirm lagi.
Bagaimanakah seat dapat di confirm
Didalam urusan airlines ada satu istilah yang di panggil block seat . Sebagai contohnya travel agensi awal-awal lagi minta pihak airlines block seat , mungkin 3, 4, 5 atau 6 bulan sebelum tarikh keberangkatan tetapi mereka tak bayar wang deposit. Wang deposit yang dibayar bukannya banyak , 100RM atau 200RM shj utk setiap seat. Katakan mereka block 50 seats untuk penerbangan 10.5.2007. Apabila ada jemaah yang minta tarikh tersebut mereka kata : oh, memang tarikh itulah yang kita tetapkan. Jemaah pun senang hati. Akhirnya penerbangan mereka ditunda. Kenapa Ya ? Sebab travel agensi yang block seat untuk 50 penumpang menjangkakan seat itu dapat di confirmkan oleh airlines nanti tetapi hingga saat-saat akhir tak dapat di confirm dan pada akhirnya terpaksa ditunda pada tarikh yang lain. Inilah yang kerap berlaku setiap tahun, terutamanya waktu musim puncak.
Sekiranya mereka bayar wang untuk block seat 100RM atau 200RM besar kemungkinan seat mereka dapat confirm awal. Namun begitu ada juga yang tak dapat confirm. Ini berlaku kerana kemungkinan ada travel yang nak block seat bayar deposit lebih dari itu.
Dalam pada itu ada travel yang block banyak seat dengan harapan dapat mencari pelanggan sebelum tarikh akhir pihak airlines tetapkan untuk bayaran penuh, Travel ini mungkin awal-awal lagi bayar deposit 100RM untuk satu seat atau pun 200RM tetapi hingga saat-saat akhir dia tak dapat cari pelanggan untuk memenuhi semua seat yang di block. Oleh itu dia pun bertindak menjual seat yang di block itu kepada travel agensi yang lain dengan harga yang lebih tinggi dari yang dijual oleh airlines.Dalam hal ini selalunya akan berlaku tawar menawar diantara mereka. Oleh itu travel agensi yang beli tiket dari travel agensi yang buat block seat itu terpaksa membayar harga tiket yang tinggi. Sebab itulah harga tiket diantara satu agensi dengan yang kain tidak sama harganya. Ini selalu berlaku pada musim cuti sekolah.
Jadi dengan keterangan ini kita dapat lihat dengan jelas bahawa travel agensi mestilah rapat dengan kakitangan airlines, terutama dengan staff airlines yang ada kuasa untuk memberi seat.
Dengan keterangan ini juga, kita boleh buat kesimpulan bahawa travel yang besar dapat bolot tiket dengan buat block seat dan menjualnya kepada travel yang lain . Adakah travel besar ini banyak duit untuk membayar deposit block seat ?
Mungkin ini benar tetapi ada juga travel kecil boleh block tiket walau pun tiada wang. Bagaimana mereka lakukan ? Ini satu lagi rahsia travel yang mungkin tak ramai orang tahu. Seperti dalam mesej yang lepas saya ada katakan bahawa ada travel ejen yang tak bayar makan kepada caterer di Makkah dan Madinah. Travel yang jujur hanya berhutang sahaja tetapi ada yang tidak jujur dan sengaja tak mahu bayar. Apabila caterer minta bayar macam-macam dalih mereka. Akhir sekali caterer ini tak mahu lagi berurusan dengan travel yang tak jujur ini. Travel yang tak jujur ini akan pergi kepada caterer lain pula dan dibuatnya macam itu juga.
Begitulah mereka lari dari satu caterer kepada yang lain. Travel yang tak jujur ini sudah tentu banyak wang kerana tak bayar wang makan kepada caterer sedangkan jemaah bayar harga pakej penuh kepada mereka.
Travel yang tak jujur ini, ada yang block banyak seat dan dia dapat bayar deposit kepada airlines. Apabila travel agensi yang lain tanya tiket dari airlines mereka diberitahu bahawa banyak tiket telah di block oleh syarikat travel tadi. Sehinggalah saat akhir travel tadi pegang seat menyebabkan travel lain terpaksa membeli tiket darinya.
Cerita ini saya tahu 2 tahun lepas. Pada mulanya saya nak beli tiket dari sebuah travel agensi, staff nya kata travelnya tak ada buat block seat, kalau nak beli tiket contact tuanpunya sebuah syarikat travel ( tak nak sebut namanya disini ) ini ada banyak tiket. Saya pun contact Travel itu. Dia tanya saya nak beli tiket pesawat apa, semuanya ada.
Apabila saya sampai di Madinah kawan saya ( caterer ) mengeluh apabila dapat tahu saya beli tiket dari travel itu. Saya yang tak tahu menahu itu tanya dia " Kenapa ? " , dia kata dah banyak caterer yang tak mahu lagi menerima jemaah travel itu kerana tak bayar wang makan dan juga banyak hutang dengan taukeh-taukeh `arab pemilik hotel. Pemilik-pemilik hotel ini tak mahu lagi menerima jemaah dari travel itu kecuali wang penginapan di Madinah. dibayar . Saya pun terkejut mendengar yang demikian. Travel ini suruh saya bawa jemaahnya seramai 10 orang dan saya pun tidak minta wang dari travel itu kerana membawa jemaahnya tetapi dia berikan kepada saya 120 RM untuk setiap jemaahnya. Walaubagaimana saya katakan kepada kawan tadi travel itu beri saya wang makan, penginapan, pengangkutan dan lain-lain lagi untuk jemaahnya. Dalam erti kata lain travel itu tidak menipu saya. Kawan saya kata harga pakej Umrah travel itu jauh lebih murah dari travel agensi lain, memang boleh lah travel itu buat pakej umrah murah dari travel lain kerana travel itu hanya hantar jemaah kepada wakil ( caterer ) di Makkah dan Madinah tetapi tak bayar apa-apa.
Tahun lepas saya tanya travel itu ada tiket pesawat apa. Dia kata ada macam-macam kalau nak beli tetapi saya tak mahu lagi beli tiket darinya.Walau pun dia tak tipu saya tetapi sekiranya saya beli tiket darinya bermakna saya bersyubhat dengannya . Kasihan jemaah travel itu. Mereka tak tahu apa-apa tentang ini.
Seorang kawan saya yang telah 5 tahun berurusan dengan travel itu . Tahun lepas dia minta travel itu booking hotel untuk jemaahnya seramai 70 orang di Madinah. 10000RM dibayar kepada travel itu kerana katanya nak hantar wang ke Hotel yang ditempah. Kawan saya ini silap kerana sebelum ini dia berurusan dengan kawan ( caterer ) di Madinah untuk urusan penginapan. Sesampainya di Madinah berlakulah perkara yang tak sepatutnya berlaku, kawan ni dan rombongannya 2 buah bas berhenti di hadapan hotel itu tetapi tuan punya hotel kata tak ada buat booking. Kelam kabut jadinya. Bayangkan jemaahnya ramai , dah lah letih naik pesawat
Sebenarnya selain dari travel itu , ada lagi travel yang sama dengannya yang saya dapat tahu dari caterers di Makkah dan Madinah. Saya tak berurusan dengan travel-travel seperti ini.
Pada bulan Mei tahun ini saya sendiri tak pasti lagi samada nak pergi betul-betul cuti sekolah atau beberapa hari sebelum cuti sekolah. Cuma saya buat cadangan sahaja untuk mengelakkan kesukaran.
Sekian semoga kita semua di bimbing ALLAH. Aamin Yaa Rabbal `aalamin.
Friday, March 30, 2007
Pengalaman Berumrah Dan Mengendalikan Jemaah Haj
Assalaamu `alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Semoga kita semua sentiasa dibimbing oleh ALLAH dan diberi kesihatan untuk melaksanakan ibadah sebagai tanda kita bersyukur kepada ALLAH.
Alhamdulillah saya amat bersyukur kepada ALLAH kerana memberi kesempatan kepada saya untuk mengerjakan haji sebanyak 6 kali dan `umrah entah, tak tahu berapa banyak. Ini berlaku sewaktu saya dihantar ALLAH melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Madinah.
Pada akhir tahun 1979, sebelum saya mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke Madinah, ramai orang termasuk rakan-rakan yang meminta saya berfikir banyak kali untuk melanjutkan pelajaran ke sana , kerana pada ketika itu kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf sijil dari Universiti Islam Madinah dan universiti- universiti di Arab Saudi. Kata mereka : " Engkau balik nanti nak kerja apa kerana sijil tidak diiktiraf , lebih baik engkau sambung belajar ke Univrsiti al Azhar, Mesir , Universiti
Dengan kuasa ALLAH, 2 minggu sebelum saya pulang ke Malaysia ( saya pulang pada 15.9.19850 ) , kerajaan Malaysia telah mengiktiraf lulusan Universiti Islam Madinah setaraf dengan Universiti- universiti tempatan. Ini bermakna lulusan Madinah lebih tinggi dari Universiti al Azhar kerana lulusan BA kepujian dari Universiti al Azhar diiktiraf setaraf dengan BA tanpa kepujian ( ijazah am ) dari Universiti-universi ti tempatan. Hanya beberapa tahun kebelakangan ini barulah ijazah Universiti al Azhar diiktiraf setaraf dengan Univversiti- universiti tempatan.. Inilah kuasa ALLAH .saya amat bersyukur kepada ALLAH diatas nikmat-NYA. Sekembali saya ke
Selama lebih kurang 6 tahun belajar di Madinah dari akhir tahun 1979 hingga 1985 , amat banyak pengalaman yang dapat saya timba termasuk mengendalikan kebajikan jemaah haji , mencari jemaah haji yang sesat , cara nak berkomunikasi dengan tok `Arab yang kasar dan lain-lain lagi yang tidak mungkin dapat dibeli dengan wang ringgit. Diantara pengalaman yang tak dapat dilupakan ialah mencari jemaah yang hilang.
Manakala pengalaman yang berkaitan dengan haji dan `umrah pula ialah membimbing jemaah haji dan `umrah melaksanakan dengan betul. Biasanya 2 atau 3 bulan sebelum jemaah haji sampai kami akan membuka kitab-kitab berkaitan dengan haji dan `umrah dan mempelajari nya secara mendalam kerana memang kami sentiasa menjadi rujukan jemaah. Oleh itu sehingga sekarang saya masih lagi tidak lupa hal-hal yang berkaitan dengan haji dan `umrah, insha` ALLAH.
Saya juga pernah terlibat secara langung dengan urusan haji dan `umrah . Saya pernah diambil oleh Tabung Haji dan ditempatkan di zon atau maktab ( pejabat ) , saya juga pernah berkhidmat dibahagian hospital . Setiap hari saya akan berulang alik dari pejabat tabung haji dan hospital- hospital di Madinah meninjau jemaah haji
Sewaktu kami masih lagi menuntut di Universiti Islam Madinah,Arab Saudi ( tahun 1979-1985 ), kami golongan pelajar dapati ramai jema`ah melakukan kesilapan sewaktu mengerjakan haji dan `umrah. Oleh itu kami telah sedaya upaya menerangkan dan memberi tunjuk ajar kepada mereka agar tidak menjadi pak turut kepada orang-orang jahil sewaktu mengerjakan `ibadah yang suci ini. Kemudian, setelah saya pulang ke tanah air tahun 1985 , saya tidak lagi berkesempatan mengerjakan haji atau umrah kecuali pada tahun 1989 dalam perjalanan ke sebuah negara arab untuk menyambungkan pelajaran peringkat sarjana dan pulang ke Malaysia pada tahun 1991.
Kemudian pada tahun 1994 saya mula membawa jemaah. Ketika itu saudara-mara dan sahabat berhasrat nak mengerjakan `umrah. Apabila mereka beritahu saya, terlintas untuk menolong mereka kerana dari pengalaman saya, setahu saya semenjak saya masih belajar disana, pihak pengendali atau penganjur umrah atau syarikat travel agensi di Malaysia akan menyerahkan urusan umrah kepada wakil mereka di sana, iaitu orang melayu Malaysia, Indonesia atau Patani yang tinggal disana. Sewaktu ziarah pula wakil ini akan cari seorang tour guide untuk memberi penerangan kepada jemaah . Saya juga pernah menjadi tour guide semasa belajar disana dahulu. Yang jadi masalahnya, selalu juga pelajar sibuk , jadi wakil disana akan cari siapa sahaja yang boleh jadi tour guide ( bidan terjun ) . Olih itu mungkin penerangan yang disampaikan itu salah. Kita tak tahu samada mereka mempunyai pengetahuan tentang amalan haji atau `umrah.
Seperti yang telah saya jelaskan bahawa mulai tahun 1994 Alhamdulillah saya diberikan kesempatan oleh ALLAH untuk mengerjakan `umrah tiap-tiap tahun atau 2 tahun sekali. Pada mulanya saya menyangka jemaah dari Malaysia tidak lagi melakukan kesalahan yang ketara ketika mengerjakan haji dan `umrah kerana ramai penganjur dan travel agensi yang menguruskan urusan haji dan `umrah , tetapi sangkaan saya meleset. Ramai orang , khususnya dari
Oleh itu berdasarkan pengalaman yang telah saya jelaskan maka disini saya ingin mengajak anda mengerjakan umrah bersama saya. Mulai tahun 1994 hingga tahun lepas saya lebih suka mengerjakan umrah sambil melawat negara arab untuk melihat kesan peninggalan ummah ( generasi ) silam yang telah dihancurkan ALLAH. Firman ALLAH : " Apakah mereka tidak mengembara diatas muka bumi ini , melihat azab yang telah menimpa umat yang telah mendustakan ayat-ayat ( kekuasaan ) ALLAH " .
Sebenarnya tidak ramai orang yang ikut saya. Dibawah ini saya senaraikan jumlah jemaah, harga pakej dan negara yang kami telah lawati dalam perjalanan mengerjakan umrah.
Alhamdulillah, setiap tahun saya mengerjakan `umrah sambil mengembara ketempat lain.
- Tahun 1994 `Umrah /Jordan.( Cuti sekolah – Peak Season , 15 hari – 2 malam di
- Tahun 1995 `Umrah /Jordan/Baitul Maqdis ( 18 Hari - 1 malam di
- Tahun 1996 `Umrah /Jordan/Baitul Maqdis 15 hari ( tak puas pergi sekali ke Baitul Maqdis lebih-lebih lagi ianya tempat suci yang ketiga selepas Makkah dan Madinah ) . Jumlah jemaah 11 orang dan kami membelanjakan 3500 RM
- Tahun 1997 `Umrah /
- Tahun 1998 `Umrah /
- Tahun 1999 tak dapat pergi kerana tak ada rezki. Semuanya ALLAH yang tentukan.
- Tahun 2000 `Umrah /
- Tahun 2001 tak pergi kerana tiada rezki.
- Tahun 2002 `Umrah / Dubai ( cuti sekolah 14 hari –Peak Season ) Jumlah jemaah 11 orang dan kami membelanjakan 3300 RM.
- Tahun 2003 `Umrah/Dubai ( 15 hari ). Jumlah jemaah 7 orang dan kami membelanjakan 3500 RM .
- Bulan March 2004 , saya pergi ke
- Bulan Jun 2004 `Umrah/
Pada awal Ramadhan tahun 2004 pula `Umrah dengan pesawat MAS selama 15 hari. Oleh kerana naik MAS maka kami hanya ke Makkah dan Madinah sahaja. Jumlah jemaah 7 orang dan kami membelanjakan 4000 RM ( peak season ).
- Bulan Jun 2005 `Umrah / Berunai ( 15 hari ). Jumlah jemaah 23 orang dan kami membelanjakan 3600RM.
- Tahun 2006 `Umrah /
Walau pun jemaah yang ikut saya sedikit tetapi sekiranya nak pergi saya tak kisah samada jemaah ramai atau sedikit dan kalau tiada jemaah langsung pun saya akan pergi seorang diri. Saya tak fikirkan sangat soal keuntungan. Selalunya saya tak dapat percuma ( saya pun kena keluar duit juga ) kerana jemaah tak ramai.
Sebelum ini saya hanya pergi setahun sekali sahaja kecuali dalam tahun 2004 saya dapat pergi 2 kali iaitu bulan Jun dan bulan puasa. Kali pertama saya pergi tahun 2004 ketika itu cuti semester pertama di universiti tempat saya bekerja. Kami disini tidak tahu cuti yang berikutnya ( semester kedua ) kerana cuti semester berikutnya hanya di edarkan pada awal semester itu. Oleh itu selepas saya pulang `umrah barulah taqwim ( kalendar ) semster dua di edarkan dan apabila saya dapati cuti berada dalam bulan puasa hasrat nak pergi sekali lagi begitu kuat sekali kerana dalam hayat saya , hanya 2 kali sahaja saya berpuasa di Makkah dan Madinah. Walau pun saya pernah belajar di Madinah dahulu tetapi pada ketika itu ( tahun 80-an ) Ramadhan dalam musim panas dan kami diberikan cuti selama 4 bulan serta diberikan tiket untuk pulang ke tanah air. Oleh itu setiap tahun saya berpuasa di tanah air dan datang balik ke madinah sebelum bulan Dzulhijjah kerana nak mengerjakan haji. Hanya tahun 1985 apabila saya tamat belajar, barulah saya dapat berpuasa di
Kali ini saya pun kena bayar penuh , sama dengan jemaah bayar pada saya walau pun saya sendiri yang mengendalikan semua urusan sejak dari
Jemaah tahu yang saya pun kena bayar macam mereka kerana mereka tanya harga pakej jemaah lain yang tinggal satu hotel dan naik pesawat yang sama ( naik MAS ). Jemaah saya terkejut kerana harga pakej umrah yang dibayar oleh jemaah lain jauh lebeh mahal dari saya sedangkan jumlah mereka lebeh 40 orang. Oleh itu mereka nak beri wang lagi kepada saya kerana kasihan melihat saya letih mengurus sedangkan saya tak ada untung langsung, tetapi saya tak mahu terima kerana saya bersyukur kepada ALLAH dapat mengerjakan `umrah dalam bulan puasa. Saya terpaksa berhutang dengan ayah saya 3000RM untuk pergi umrah pada bulan Ramadhan itu kerana pada pandangan saya bukan senang nak pergi bulan Ramadhan kerana kami selalu ada kelas ( tiada cuti ) dalam bulan Ramadahan.
Di Makkah, jemaah saya yang seramai 12 orang ( termasuk saya dan 4 orang yang travel agensi tumpangkan ) menaiki bas yang sama dengan rombongan 35 orang dari sebuah agency di Johor untuk melawat persekitaran Makkah. Bas penuh sesak ketika itu. Sepatutnya saya menaiki bas yang saya sewa sendiri tanpa bercampur dengan orang lain tetapi oleh kerana consortium ( muassasah ) di
Berbalik kepada cerita tadi ketika bas nak bertolak saya hanya berdiam diri tak mahu tampil ke depan kerana maklumlah saya sedar rombongan saya hanya 12 orang sedangkan mereka 35 orang, sudah tentu mereka ada tour guide sendiri , tetapi apabila saya tak nampak seorang pun yang maju kedepan lantas saya pun mengambil mikrofon dan bertanya siapakah ketua rombongan dari Johor tadi, kemudian tampil seorang haji ( rombongannya panggil dia ustaz dan memang orang panggil ketua rombongan `umrah sebagai ustaz walau pun dia bukan ustaz - senang dapat title ustaz ya, bawa rombongan `umrah, orang akan panggil ustaz atau ustazah!! ). Saya hulurkan microphone kepadanya minta dia jadi tour guide tetapi dia jawab tak tahu nak cakap apa. Katanya tour guide rombongannya ( orang yang tinggal di Makkah ) ada hal dan tak dapat datang. Saya rasa kasihan kepada jemaah itu lalu saya bertindak menjadi tour guide. 7 orang jemaah saya semuanya ustaz lulusan Madinah dan
Sebagaimana yang telah saya jelaskan sebelum ini bahawa ramai orang yang membawa jemaah berumrah dan kebanyakannya hanya mengharapkan wakil di Makkah dan Madinah untuk menguruskan jemaah. Sekiranya tidak berlaku kes seperti diatas tak lah jadi masalah tetapi kalau berlaku memang jadi masalah besar.
Selain daripada kes diatas, saya bawa 2 kes lagi yang berlaku dihadapan mata saya sendiri, iaitu berkaitan dengan seorang ustaz yang terkenal juga. Beliau membawa jemaah yang ramai setiap kali mengerjakan umrah dan dalam setahun dia pergi beberapa kali dengan jemaah yang ramai pula. Maklumlah seorang yang terkenal . Dia dan jemaahnya naik satu kapalterbang dengan saya . Jemaahnya 100 orang lebeh, hampir separuh kapalterbang. Di Makkah mereka tinggal berhampiran dengan saya. Sewaktu mengerjakan `umrah saya terkejut bila melihat cara ustaz ini mengerjakan umrah kerana beliau telah melakukan kesalahan dan diikuti oleh jemaahnya pula. Sepatutnya ustaz ini tak bolehlah sama seperti orang lain yang jadi pak turut orang-orang yang jahil. Kenapakah sebelum mengerjakan umrah dia tidak merujuk kepada kitab-kitab yang muktabar. Seseorang yang menjadi ikutan orang ramai wajib membaca kitab-kitab yang muktabar yang dikarang oleh ulama besar zaman silam dan tidaklah memadai dengan hanya membaca buku-buku berkaitan haji dan `umrah yang banyak dijual dikedai-kedai buku yang melambak dipasaran, kerana seseorang ustaz mestilah boleh mengemukakan dalil-dalil yang meyakinkan.
Satu kes lagi berlaku pada tahun 2004 ( cuti sekolah ) . Kawan isteri saya nak mengerjakan `umrah dan isteri saya mengajaknya pergi bersama., puas dia pujuk suaminya pergi dengan saya dan saya juga menyatakan kepada suaminya tentang pengalaman saya, namun begitu suaminya nak pergi dengan wakil travel agensi yang mem promote
Di Makkah kami bertemu dengannya dan dia menceritakan kesukarannya kerana banyak kali transit, ada diantara jemaah itu terkandas di Yaman kerana tiket tak confirm . Dia terkejut melihat penginapan saya di Hira` Palace kerana katanya dia tinggal di tempat yang tidak selesa sedangkan bayaran pakejnya 300 RM mahal dari saya . Dia tanya samada saya dapat untung atau tidak kerana jemaah saya hanya 10 orang sahaja ,termasuk saya dan isteri. Saya katakan bahawa saya lebih utamakan `ibadah dan mengajar cara yang betul mengerjakan `umrah. Kemudian dia berangkat ke Jedah 2 hari sebelum saya . Ini bermakna pakej dia hanya 10 hari sedangkan janjinya 2 minggu. Tiba-tiba pada malamnya dia datang ke tempat saya , mengatakan mereka balik semula ke Makkah kerana tiket tak dapat confirm. Dia kata ustaz dan ustazah yang membimbing mereka menyuruh membayar dam seekor kambing kerana mereka sudah pun mengerjakan tawaf wada` ( yang benar sebutannya ialah wada` , bukan wida` ) . Saya suruh dia beritahu jemaahnya supaya jangan menbayar dam , apabila keluar dari Makkah nanti hendaklah sekali lagi mengerjakan tawaf wada`.
Ini hanyalah 3 contoh sahaja yang saya sebutkan, tidak termasuk kes-kes yang berlaku kepada jemaah lain yang banyak saya tolong selesaikan. Tak payahlah saya tuliskan semuanya disini, nanti letih pula anda membacanya tetapi kalau nak tahu juga saya boleh ceritakan nanti.
Oleh itu, berdasarkan kepada apa yang saya kemukakan tadi , wajiblah penganjur-penganjur dan syarikat-syarikat travel agensi yang menguruskan jema`ah haji dan `umrah supaya benar-benar mempelajari hal-hal yang berkaitan dengannya secara mendalam dan janganlah hanya mementingkan komersial sahaja. Pembimbing dan penganjur akan disoal ALLAH di hari Akhirat nanti.
Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini , sepanjang mengerjakan `umrah , saya dapati penganjur `umrah lebih suka menyerahkan urusan `umrah kepada wakil-wakil mereka di Makkah dan Madinah. Mungkin mereka sangka wakil-wakil ini mahir dalam urusan haji dan `umrah kerana sudah lama bermastautin di Makkah. Ini adalah kesilapan yang besar kerana bukan semua yang bermastautin di Makkah memahami betul-betul masalah ini.
Kasihan jemaah ya ! Tujuan saya bawa cerita ini ialah untuk mengingatkan kepada semua kalau kita nak pergi `umrah seboleh- bolehnya pergilah dengan orang yang pernah belajar disana atau yang tahu selok belok disana lebeh-lebeh lagi ramai ketua rombongan ( termasuk ustaz-ustaz dan ada yang hafiz ) yang memimpin jemaah `umrah melakukan perkara yang salah semasa mengerjakan `umrah. Kita dah habiskan wang yang banyak untuk `umrah , maka sudah tentu kita inginkan ibadah yang sempurna.
Pada tahun lepas , Alhamdulillah saya dapat mengerjakan `umrah dua kali juga , kali pertama dari 5.5.2006 hingga 18.5.2006 seramai 23 orang jemaah dan kami membelanjakan 4100RM. Oleh kerana ada lagi orang nak pergi tapi tak sempat kerana mereka beritahu saya lambat, maka saya suruh mereka tunggu saya pulang untuk mengendalikan urusan . Setelah saya siap buat urusan, Alhamdulillah saya berangkat untuk kali kedua dari 13.6.2006 hingga 27.6.2006 ( Cuti sekolah 14 Hari –Peak season ) seramai 9 orang sahaja tetapi sebuah travel agensi pass
Untuk maklumat anda kenapa saya beria-ria sangat mengajak pergi `umrah dengan saya . Selain dari tujuan untuk berdakwah dan membimbing jemaah supaya melakukan umrah dengan cara yang betul mengikut cara yang dilakukan Nabi sallallahu `alaihi wasallam ada satu lagi sebab, iaitu berkaitan dengan travel agensi. Sejak saya mula membawa jemaah ber`umrah, dah 10 kali saya bertukar travel agensi untuk membeli tiket. Saya ada senarai travel agensi yang di black list oleh caterer di Makkah dan Madinah . Kebanyakan caterer di Makkah dan Madinah itu kawan-kawan saya . Mengapa sebahagian agensi-agensi ini di black list ? Sebab tak bayar wang makan. Ada agensi yang tak bayar 100000 Saudi Rial.Tahun lepas, salah seorang kawan saya ( caterer ) pulang ke Malaysia dari Makkah menjejaki travel agensi yang berhutang dengannya sebanyak 30000 rial.
Dalam hal ini jemaah tidak salah kerana di Malaysia lagi mereka telah membayar harga pakej penuh kepada travel agensi dan ini termasuk wang makan serta hotel tetapi banyak agensi tak membayar wang makan kepada caterer di Makkah dan Madinah. Dalam erti kata lain anda bayar harga pakej penuh kepada agensi untuk ber`umrah tetap agensi inilah yang tak bayar kepada Caterer di Makkah dan Madinah. Mungkin pada mulanya agensi ini berhutang kerana nak pusing duit atau modal tetapi lama kelamaan hutang yang tertunggak menjadi banyak dan agak berat nak membayarnya. Caterer2 ini pula tak sampai hati tak beri makan kepada jemaah `umrah kerana mereka tahu jemaah dah bayar kepada agensi. Inilah yang berlaku tetapi jemaah tidak tahu hal ini. Bukan semua travel agensi bersikap begitu, hanya segelintir sahaja , cuma saya takut anda berurusan dengan travel agensi yang termasuk dalam jumlah segelintir itu.
Pada 19.4.2007 ini, insha` ALLAH saya bercadang untuk mengerjakan `umrah dan seterusnya lawatan ke
Sekiranya nak umrah sambil melawat ada beberapa tempat yang dicadangkan seperti Kaherah,
Kalau tak dapat melawat Baitul Maqdis kita melawat sekitar `
Walau bagaimana pun lawatan ke Baitul Maqdis atau
Jangan bimbang ya ! Saya tinggal 6 tahun disana semasa belajar dahulu. Saya hanya dapat pergi ke Makkah sewaktu cuti semester sahaja kerana saya bekerja sebagai seorang pensyarah disalah sebuah IPT.
Sekiranya anda tidak berhajat nak pergi bolehlah tanya teman-teman atau saudara mara yang nak pergi. Kemudian contact saya melalui e mail dibawah .
Kita wajib sentiasa bersyukur kepada ALLAH yang telah memberikan taufiq dan hidayah kepada kita sehingga dengan berbekalkan iman yang teguh kita telah dapat mencari penentuan hidup yang diredhai ALLAH. Kita wajib bersyukur sekiranya dipilih ALLAH menjadi tetamu-NYA , dengan mengunjungi Baitullah untuk mengerjakan haji dan `umrah. Mudah-mudahan `ibadah haji dan `umrah yang akan dikerjakan menjadi satu `ibadah yang boleh memberikan pengajaran dan pedoman untuk meningkatkan iman dan amal kita , seterusnya menuju jalan yang diredhai ALLAH untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat.
`Ibadah haji dan `umrah selain daripada berfungsi menyucikan dosa , ianya juga merupakan bekalan menuju akhirat setelah sekian lama kita hidup di dunia yang fana` ini. Sesungguhnya mereka yang sanggup berkorban harta benda, wang dan jiwa untuk memperhambakan diri kepada ALLAH adalah termasuk ke dalam golongan yang mendapat petunjuk dan hidayah serta ketinggian martabat iman di sisi ALLAH , insya` ALLAH .
Berbahagialah mereka yang dapat mencapai dan memahami hakikat `ibadah haji dan `umrah , iaitu melaksana dan menghayati hikmah- hikmahnya dengan keimanan, kesabaran dan mengharapkan rahmat ALLAH , rela menerima ketentuan qadha` dan qadar yang sudah pasti ditetapkan oleh ALLAH yang Maha Berkuasa dan membuang perasaan tidak puas hati. Perasaan marah terhadap kesusahan yang kita tempuhi boleh diertikan sebagai tidak berpuashati dengan qadha` dan qadar serta mencabar kuasa ALLAH .
Semua amal `ibadah dalam Islam, termasuk haji dan `umrah, yang terbaik adalah yang terkumpul di dalamnya dua perkara :
a. Dikerjakan semata-mata kerana ALLAH . Ertinya yang menjadi satu-satunya pendorong mengerjakan `ibadah adalah mengharapkan keridhaan ALLAH, bukan untuk mendapat pujian orang dan sebagainya.
b. Dilakukan sesuai dengan sunnah Nabi Sallallaah `alaihi wasallam kerana tidak seorang pun yang mengetahui cara ber`ibadah yang diridhai ALLAH selain Nabi Sallallaah `alaihi wasallam.
Mengerjakan `ibadah dengan ikhlas adalah sangat sulit seperti yang diisyaratkan oleh Rasulullah Sallallaah `alaihi wasallam : " Mahukah kamu aku beritahu sesuatu yang menurut aku lebih merbahaya keatasmu daripada Dajjal Al-Masih ?
Oleh itu dalam haji dan `umrah, oleh kerana ianya berkaitan dengan kemampuan harta, ikhlas itu lebih sulit lagi, sehingga ALLAH memberi peringatan tentang keikhlasan dalam mengerjakan haji dan `umrah dengan firman-NYA :"Dan sempurnakanlah haji dan `umrah kerana ALLAH ." (Al Baqarah 196).
Dalam masalah solat, Rasulullah Sallallaah `alaihi wasallam memberi perintah : " Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat . " ( H.R Ahmad dan Muslim ).
Begitu juga dalam hal Haji dan `umrah , baginda Sallallaah `alaihi wasallam memberi perintah : " Ambillah cara mengerjakan haji dan `umrahmu dari aku. " ( H.R Muslim dari Jabir ).
Rasulullah Sallallaah `alaihi wasallam mengerjakan haji pada tahun ke 10 Hijriyah yang dikenali dengan " Haji Wada' " itu , dengan saksama an diikuti serta disaksikan oleh para sahabat Radhiallaahu `anhum . Kemudian pada hari Nahar ( hariraya haji ), Nabi Sallallaah `alaihi wasallam mengingatkan umatnya agar mencontohinya mengerjakan haji dan `umrah.
Nabi Sallallaah `alaihi wasallam sendiri tidak memberikan kriteria terhadap satu-satu amalan yang berkaitan dengan haji dan `umrah. Nabi tidak mengatakan : " Yang ini fardhu, wajib , sunat dan makruh " , tetapi Nabi mengerjakan semuanya lalu memerintahkan orang ramai mencontohi cara yang dilakukannya serta turut memberikan rukhsoh ( keringanan ) dalam hal-hal tertentu untuk orang-orang tertentu pula.
Contohnya Nabi Sallallaah `alaihi wasallam mengizinkan golongan yang lemah berangkat meninggalkan Muzdalifah pada malam hari Nahar ( malam hariraya ) di waktu malam sebelum fajar, membiarkan orang mengerjakan amalan- amalan dihari Nahar secara tidak berurutan , mengizinkan `Abbas radhiallaahu `anhuma dan pengembala-pengemba la unta untuk tidak bermalam yang kemudiannya mengklasifikasikannya kedalam kategori : Fardhu, Wajib, sunat dan makruh.
Berdasarkan pendapat `ulama, maka lahirlah cara mengerjakan haji dan `umrah dengan kecenderungan masing-masing. Diantaranya ada yang mencari cara yang paling mudah dan selesa. Inilah yang kita lihat sekarang dan yang lebih membimbangkan lagi mungkin dimasa akan datang diketemukan cara yang amat mudah dengan menggabungkan semua yang ringan dari pendapat berbagai `ulama. Bagi orang yang ingin mengerjakan haji dan `umrah dengan cara yang paling diredhai ALLAH , tentunya selain menjaga agar niatnya benar-benar ikhlas kerana ALLAH , tidak bercampur riyaa`, 'ujub, sum'ah dan takabbur , mestilah mengerjakan nya sesuai dengan tuntunan RasululIah Sallallaah `alaihi wasallam dan sekiranya keadaan memerlukan bolehlah menerima rukhsoh ( keringanan ) yang diberikan oleh Baginda Sallallaah `alaihi wasallam tanpa memandang kecil erti amalan-amalan itu serta memohon ampun diatas semua kekurangan yang berpunca dari kelemahan manusia .
Untuk pengetahuan semua, mengerjakan haji dan `umrah ini amat mudah sekali. Kita hanya perlu kerjakan rukun-rukun dan wajib-wajib haji sahaja. Tiada bacaan yang khusus, terpulanglah nak baca apa sahaja.
Firman ALLAH : " Dan sempurnakanlah `ibadah haji dan `umrah kerana ALLAH " ( Aali `Imran :196 ).
Nabi Sallallaahu `alaihi wasallam bersabda : " Iringilah ( susulilah ) antara haji dan `umrah kerana keduanya dapat menghilangkan kemiskinan dan dosa sebagaimana ahli logam membuang karat dari besi, perak, dan emas. Tiada lain pahala yang diterima haji yang mabrur kecuali syurga ( H.R At Turmudzi,Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah Rahimahumullah ). Hadith ini darjatnya Hasan Sahih.
Diriwayatkan dengan isnad yang hasan ( baik ) oleh Ibnu Juraij Rahimahullah dari Jabir Radhiallaahu` anhu bahawa Rasulullah Sallallaahu` alaihi wasallam bersabda :" Rumah (Kaa`bah) ini adalah tiang Islam ,maka sesiapa yang berangkat menuju ke rumah ini dia di jamin oleh ALLAH , sekiranya dia mati ALLAH akan masukkannya ke dalam syurga dan jika dia kembali ke tanah airnya ALLAH akan menberkatinya dengan memberinya pahala " .
Dalam hadith yang pertama, ALLAH telah beri jaminan kepada sesiapa yang mengerjakan haji dan `umrah bahawa ALLAH akan menghapuskan kemiskinan mereka. Namun begitu ramai orang tak faham, mereka sangka wang mereka akan habis. Kita hendaklah yakin terhadap janji ALLAH kerana bermacam-macam cara ALLAH akan memberi rezki kepada kita.
Walaubagimana pun sekiranya kita hendak pergi haji dan `umrah pada kali yang kedua dan seterusnya, kalau ada jiran atau saudara mara kita memerlukan kewangan maka lebeh baik kita Bantu mereka kerana itu keperluan yang lebeh mendesak . Dalam pada itu kalau kita nak pergi melancung ke tempat lain , adalah lebih baik kita mengerjakan haji dan `umrah. WALLAAHU `AA`LAM.
Sekian . Semoga kita semua dirahmati ALLAH. Aamin.Ya RABBAL `AALAMIN. Wassalaamu`alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Saudaramu sesama Islam
naasiha@yahoo.com