Saturday, April 7, 2007

BEBERAPA HUKUM BERKAITAN HAJI DAN UMRAH

Aassalamu`aalaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Untuk pengetahuan anda, terdapat font bahasa arab dalam mesej ini . Sekiranya arabic font tak kelihatan...yang kelihatan hanya lah unknown font ada cara untuk melihat paparan yang ditulis dengan arabic font itu dengan syarat menggunakan internet explorer 5 atau lebih tinggi lagi. Caranya ialah:

click view,

kemudian select encoding,

setelah itu select more dan click arabic window.

Insha ALLAH anda akan dapat melihat paparan atau tulisan yang ditulis dengan bahasa arab.

PERINGATAN KEPADA YANG MENANGGUHKAN MENGERJAKAN HAJI TANPA SEBAB.

HUKUM MENGERJAKAN HAJI DAN `UMRAH

Haji dan `Umrah hanya diwajibkan sekali sahaja seumur hidup. Ini berdasarkan sabda Rasulullah Sallallaahu `alaihi wasallam dalam hadith sahih: “Haji itu hanya sekali ( wajibnya ). Barang siapa menambahkannya ( mengerjakan lebih dari sekali ), maka itu adalah tatawwu' (amalan sunnah atas kerelaan sendiri). “

Berdasarkan ayat dan hadith di atas, `ulama fiqh رحمهم الله sepakat menyatakan bahawa `ibadah haji wajib dilaksanakan setiap mukmin yang mempunyai kemampuan biaya, tubuh badan dan waktu ( zaman sekarang ini quota boleh dimasukkan kedalam syarat kemampuan kerana kalau kita daftar tahun ini untuk mengerjakan haji mungkin 4 tahun lagi baru boleh pergi ). tetapi mereka berbeza pendapat tentang bilakah kewajiban itu dimulai, adakah boleh ditunda atau wajib dilaksanakan segera setelah mampu. Imam Abu Hanifah, Imam Abu Yusuf ( sahabat dan murid Imam Abu Hanifah ), `ulama Mazhab Maliki dan pendapat yang terkuat di kalangan Mazhab Hanbali rahimahumullaah menyatakan bahawa apabila seseorang telah mampu dan memenuhi syarat, wajib terus mengerjakan `ibadah haji dan tidak boleh ditunda ('alal faur).

Jika pelaksanaannya ditunda sehingga beberapa tahun, maka orang tersebut dihukumkan fasiq, kerana penundaan tersebut termasuk maksiat. Jika pelaksanaan haji itu ditunda, kemudian wangnya habis, maka orang tersebut menurut mereka, mesti meminjam wang orang lain untuk mengerjakan `ibadah haji itu, kerana waktu wajib baginya telah ada tetapi dia telah menundanya.

Dalil `ulama yang menyatakan bahawa pelaksanaan ibadah haji tidak boleh ditunda bagi orang yang telah mampu dan memenuhi syarat adalah firman ALLAH dalam surah Aali 'Imran ayat 97 dan surah al-Baqarah ayat 196 seperti yang telah dijelaskan sebelum ini.

Tuntutan untuk mengerjakan `ibadah haji itu adalah tuntutan yang sifatnya segera, oleh itu tidak boleh ditunda. Dalil lain yang mereka kemukakan ialah sabda Nabi Sallallaahu `alaihi wasallam :

" Bersegeralah kamu kerjakan ` ibadah haji, kerana tidak seorang pun diantara kamu yang tahu apa yang akan terjadi kepadanya nanti.” ( HR Ahmad bin Hanbal rahiahullaah dari Ibnu Abbas Radhiallaahu `anhuma ) .

Bahkan dalam hadith lain Rasulullah Sallallaahu `alaihi wasallam seakan-akan mengecam orang yang menunda `ibadah hajinya. Rasulullah Sallallaahu `alaihi wasallam bersabda :

" Sesiapa yang tidak dalam keadaan sakit, tidak dalam kesulitan yang mendesak atau tidak dihalangi penguasa yang zalim tetapi dia tidak mengerjakan ` ibadah hajinya, jika dia mati maka terserah kepadanya memilih samada ingin mati dalam keadaan beragama Yahudi atau Nasrani ." ( HR Sa'id bin Mansur, Ahmad bin Hanbal, Abu Ya'la, dan Al-Baihaqi Rahimahumullah dari Abu Umamah Radhiallaahu `anhu tetapi salah seorang periwayatnya dhaif).

Hadith yang sama juga diriwayatkan oleh Imam At Tirmizi Rahimahullah , yang mana seorang perawinya juga dhaif.

Sa`id didalam sunannya , meriwayatkan dari `Umar Al Khattab radhiallaahu`anhu, bahawa dia berkata :

“ Aku bertekad mengutus beberapa orang utusan pergi ke wilayah-wilayah , memeriksa mereka yang mempunyai harta yang cukup namun tidak mahu mengerjakan haji, untuk membayar jizyah kerana mereka bukan muslim , mereka bukan muslim . “

Menurut mazhab Syafi'i , Ath Thauri, Al Auzaa`ie dan Muhammad bin Hasan asy-Shaibani rahimahumullaah , kewajiban haji itu boleh ditangguhkan ( 'alat-taraakhi ) , ertinya boleh dilaksanakan disetiap waktu dan tidaklah berdosa menangguhkannya asal sahaja dikerjakan sebelum dia meninggal dunia tetapi jika memang sudah mampu dianjurkan ( disunatkan ) segera mengerjakannya dengan maksud agar tanggung jawab atau kewajipannya lepas.

Oleh sebab itu, menurut mereka, pelaksanaan `ibadah haji bagi yang telah mampu dan memenuhi syarat boleh ditunda. Alasan mereka ialah Nabi Sallallaahu `alaihi wasallam sendiri menunda pelaksanaan `ibadah haji sehingga tahun ke-10 Hijriah ( HR. al-Bukhari dan Muslim rahimahumallaah ), sedangkan kewajipan `ibadah haji telah disyariatkan pada tahun 6 Hijriah. Menurut mereka, ayat tentang kewajipan melaksanakan haji, iaitu surah al-Baqarah ayat 196-197 diturunkan pada tahun ke-6 Hijriah.

Menurut pendapat `Ulama` Shaafie` رحمهم الله , `ibadah haji difardhukan pada tahun ke 6 hijrah setelah turun ayat : واتموا الحج والعمرة لله

Sempurnakanlah haji dan `umrah kerana الله .

Dimaksudkan dengan sempurnakanlah di sini, ialah kerjakanlah atau laksanakanlah.

Manakala jumhur ( kebanyakan ) `ulama` رحمهم الله berpendapat bahawa `ibadah haji disyariatkan pada akhir tahun ke-9 Hijriah setelah turunnya firman الله :

ولله على الناس حج البيت من استطاع اليه سبيلا ومن كفر فإن الله غني عن العالمين

“ Dan الله mewajibkan ke atas manusia mengerjakan haji , bagi sesiapa yang mampu sampai kepadanya . Dan barang siapa mengingkari ( kewajiban haji ), maka sesungguhnya الله Maha Kaya ( tidak berhajat kepada sesuatu ) dari semesta alam . “ ( Aali `Imran : 97)

Ayat ini, menurut jumhur `ulama fiqh dan tafsir رحمهم الله diturunkan الله pada akhir tahun ke-9 Hijriah. Sedangkan Nabi صلى الله عليه وسلم hanya mengerjakan `ibadah haji pada tahun ke-10 Hijriah. Penundaan `ibadah haji ini, menurut mereka disebabkan adanya keuzuran ketika itu yang menghalang Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan umatnya mengerjakannya pada tahun ke-9 Hijriah.

Halangan tersebut adalah kerana musim haji telah pun berlalu ketika ayat ini diturunkan oleh

الله sehingga `ibadah haji hanya dapat dilaksanakan pada tahun berikutnya (10 Hijriah). Oleh sebab itu, Rasulullah صلى الله عليه وسلم hanya sempat mengerjakan haji sekali sahaja pada tahun ke-10 Hijriah kerana setelah itu baginda صلى الله عليه وسلم wafat, sebagaimana yang disebutkan dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal dan Imam Muslim رحمهما الله .

Seorang ahli penganalisis hadith, Al Imam Ibnul Qayyim رحمه الله menguatkan pendapat yang menetapkan, bahawasanya `ibadah haji difardhukan pada tahun ke 9 Hijrah, atau tahun ke 10 Hijrah, tahun Nabi صلى الله عليه وسلم mengerjakan haji yang kemudian dikenali dengan “ Hajjatul Wada “ .

Sebelum ini kita telah menjelaskan bahawa `ulama Mazhab Syafi'i رحمهم الله berpendapat bahawa `ibadah haji disyariatkan sejak tahun ke 6 Hijriah, berbeza dengan pendapat jumhur ( majority ) `ulama fiqh رحمهم الله yang menyatakan haji mula di fardhukan pada tahun ke-9 Hijriah. Di samping itu, menurut mereka, hadith-hadith yang menyatakan bahawa menunaikan `ibadah haji wajib dikerjakan segera jika telah mampu dan memenuhi syarat adalah hadith dhaif yang tidak boleh dijadikan landasan hukum. Oleh itu dengan berpandukan hadith-hadith ini imam Asy Syafi'i رحمه الله berpendapat " sunat " menyegerakannya.

Secara ringkasnya , hukum menyegerakan haji dan `umrah atau menangguhkannya setelah cukup syarat adalah seperti berikut : -

1.Wajib menyegerakannya.

2.Sunat menyegerakannya.

Apabila diteliti hujah masing-masing, kita dapati pendapat `ulama yang mengatakan wajib menyegerakannya dan tidak boleh ditangguh adalah pendapat yang terkuat . Oleh itu kita harap masyarakat umat islam Malaysia tidak lagi menangguhkan pemergian ke Makkah untuk mengerjakan haji dan `umrah, seperti yang berlaku sekarang .

Tujuan saya menyentuh masalah ini ialah kerana ada segelintir umat islam , apabila ditanya : “ Kenapa tak mahu kerjakan haji ? “ Mereka jawab : “ Masa masih panjang lagi, nantilah apabila tidak sibuk nanti , lagi pun boleh di tangguh .“ Kalau kita kata : “ Nanti mati tak sempat nak kerjakan haji . “ Mereka jawab : “ Tak mengapa kerana tidak wajib menyegerakannya , kalau aku mati pun waris akau boleh mengupah orang untuk mengerjakan haji untuk aku . “

Inilah dia mentaliti segelintir umat islam Malaysia yang memandang remeh masalah menyegerakan haji. Mereka tidak merasa gerun terhadap ancaman Nabi Sallallaahu `alaihi wasallam seperti hadith :

"Sesiapa yang tidak dalam keadaan sakit, tidak dalam kesulitan yang mendesak atau tidak dihalangi penguasa yang zalim tetapi dia tidak mengerjakan ` ibadah haji, jika dia mati terserah kepadanya memilih samada mati dalam keadaan beragama Yahudi atau Nasrani ."

Kalau pun mereka berpegang kepada pendapat mazhab Shafi`i tetapi mereka amat jauh sekali menyimpang dari amalan `ulama mazhab Shafi`i rahimahumullah yang tidak memandang ringan `ibadah sunat kerana ibadah sunat merupakan proses untuk mendampingkan diri kepada ALLAH . Malah `ulama mazhab Shafi`i rahimahumullah menganggap perkara yang sunat itu seolah-olah wajib walau pun mereka berfatwa hukumnya sunat. Begitu juga terhadap perkara yang makruh, mereka menganggapnya seolah-olah haram kerana makruh bererti yang dibenci oleh ALLAH . Itulah dia sikap `ulama mazhab Shafi`i dan `ulama mazhab yang lain dizaman silam rahimahumullaah kerana mereka mahu mencontohi Nabi Sallallaahu `alaihi wasallam yang sentiasa melakukan perkara yang sunat dan mewajibkanya untuk dirinya seperti Qiyamul lail , solat dhuha dan sebagainya.

Mentaliti umat islam terutamanya di Malaysia wajib diubah agar mereka tidak memandang ringan perkara-perkara sunat dan makruh. Ini merupakan tugas ahli-ahli agama untuk menyedarkan mereka. Lagi pun sekiranya ada dua pendapat diantara wajib dan sunat , maka adalah lebih baik kita mengambil pendapat yang mengatakan wajib kerana untuk berhati-hati ( ihtiat ) dan supaya lebih selamat. Begitu juga dengan makruh dan haram , adalah lebih baik kita menganggap haram.

BERAPA KALI NABI صلى الله عليه وسلم MENGERJAKAN `UMRAH ?

Ibnu `Abbas رضي الله عنه meriwayatkan bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم dalam hidupnya mengerjakan `umrah empat kali:

1. `Umrah Hudaybiyah (gagal kerana dihadang musuh),

2. `Umrah qadha` (tahun berikutnya, saat pembebasan Makkah),

3. `Umrah dari Ji`raanah.

4. `Umrah bersama Haji Wada` ( qiran ).

Anas رضي الله عنه berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengerjakan ` ibadah haji sekali dan `umrah empat kali.

1.`Umrah dalam bulan Dzulqa`idah 2.`Umrah Hudaybiyah .

2.`Umrah yang dikerjakan bersama ibadah haji.

4.`Umrah dari Ji`raanah ketika membahagikan harta rampasan perang Hunain.

( HR Al Bukhari dan Muslim رحمهما الله )

`Ibadah `umrah itu semuanya dikerjakan dalam bulan Dzulqa`idah, kecuali `ibadah `umrah yang dikerjakan bersama `ibadah Haji . `Ibadah `umrah tersebut ialah :

1. `Ibadah `umrah secara berihram dari Hudaibiah atau `ibadah`umrah yang dikerjakan sewaktu peristiwa perjanjian Hudaibiah dalam bulan Dzulqa`idah,

2. `Ibadah `umrah tahun berikutnya yang dikerjakan dalam bulan Dzulqa`idah,

3. `Ibadah `umrah secara berihram di Ji'raanah sewaktu Nabi sallallaahu `alaihi wasallam membahagi harta rampasan perang di Hunain, juga dalam bulan Dzulqa`idah

4.`Ibadah `umrah yang dikerjakan bersama `ibadah haji .

Antara haji dan `umrah terdapat perbezaan, samada dari segi hukum mengerjakannya, jenis amalan yang mesti dikerjakan ( manasik ) atau dari sudut waktu pelaksanaannya ; sekalipun `umrah boleh dikerjakan sebelum mengerjakan `ibadah haji secara beriringan dengan mengerjakan `ibadah haji atau sesudah melaksanakan `ibadah haji , namun demikian, setiap orang yang mengerjakan `ibadah haji boleh terus mengerjakan `umrah secara beriringan tetapi bukan semua orang yang ber`umrah boleh mengerjakan haji beriringan . Ini bermakna seseorang itu boleh mengerjakan `umrah di bulan-bulan haji dan boleh juga ber`umrah di bulan-bulan yang lain. Ini pernah dilakukan oleh `Umar رضي الله عنه kerana `Umar رضي الله عنه pernah ber`umrah di bulan Syawwal lalu kembali ke Madinah tanpa berhaji

Masyarakat Jahiliyyah menganggap bahawa ber`umrah di bulan haji merupakan kejahatan besar. Mereka mengatakan bahawasanya `umrah dilakukan setelah berakhirnya bulan Safar apabila telah selesai jejak kaki orang berhaji dan semua mereka telah kembali dari haji.

Setelah datang Islam Nabi صلى الله عليه وسلم menyuruh para sahabat رضي الله عنهم ber`umrah di bulan haji dan memasukkan `umrah ke dalam haji dan hal ini berlaku hingga qiamat.

MENGERJAKAN `UMRAH BERULANG KALI DALAM SETAHUN

Sebenarnya haji dan `umrah sudah pun terkenal di zaman jahiliyah. Masyarakat Jahiliyah bertawaf dengan bertelanjang. Apabila Islam datang, adat Jahiliyah yang keji ini dihapuskan, begitu juga dengan adat-adat dan kemungkaran yang lain.

`Ibadah haji juga terdapat dalam syari'at yang lain. Ada yang mengatakan bahawasanya Nabi Adam عليه السلام berulang kali mengerjakan haji. Jibri عليه السلام memberitahunya bahawa malaikat bertawaf mengelilingi Kaa`bah. Nabi Ishaq dan nabi-nabi yang lain عليهم السلام juga mengerjakan haji. Menurut sebahagian ulama رحمهم الله , semua Nabi عليهم السلام mengerjakan haji.

Di antara ayat-ayat yang menandakan bahawasanya haji telah pun ada dan di laksanakan sebelum Islam, adalah :

وإذ بوأنا لإبراهيم مكان البيت ألا تشرك بي شيئاً وطهر بيتي للطائفين والقائمين.والركع السجود

" Dan ingatlah ketika KAMI ( الله ) tempatkan untuk Ibrahim tempat Al BAIT, Kami titahkan: Hai Ibrahim ! janganlah engkau menyengutukan sesuatu dengan-KU dan sucikanlah rumah-KU untuk mereka yang tawaf, i'tikaf, ruku` dan sujud. " ( Al Hajj : 26 ).

Dan firman ALLAH :

" Serulah manusia wahai Ibrahim, tentang haji nescaya mereka akan datang kepadamu dari segenap penjuru. "( Al Hajj : 22 ).

Diriwatkanlah oleh Al Bukhari, Muslim dari Ash Sya'bi رضي الله عنه , ujarnya :

" Di Safa ada satu berhala yang dinamakan Asaf dan di Marwah ada satu patung yang dinamakan Naa ilah . Masyarakat jahiliyah bersa'i di antara keduanya " . Setelah Islam datamg , berhala-berhala itu disingkirkan dari situ. Umat Islam beranggapan bahawa orang-orang Jahiliyah bersa'i kerana berhala. Lantaran itu ummat Islam enggan bersa'i, maka الله menurunkan ayat :

إنَّ الصَّفَا وَالمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللهِ

" Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah dari syi'ar-syi'ar الله " ( Al-Baqarah ;158 ).

Dalam sebahagian riwayat diterangkan bahawa ketika turun ayat haji :

ومن كفر فإن الله غني عن العالمين

“Dan barang siapa mengingkari ( kewajiban haji ), maka sesungguhnya الله Maha Kaya ( tidak berhajat kepada sesuatu ) dari semesta alam . “ ( Aali `Imran 3 : 97) Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengumpulkan orang-orang musyrikin, Nasrani dan Yahudi, Majusi dan Saabi'in serta memberitahu mereka bahawasanya الله telah memfardhukan haji, dan hendak lah mereka semua berhaji. Perintah ini ditaati oleh Muslimin رحمهم الله dan ditolak oleh orang-orang Kafir.

Oleh itu turunlah firman

ومن كفر فإن الله غني عن العالمين

" Dan barang siapa yang kufur ( tidak mahu mengerjakan haji ), maka sesungguh nya الله Maha kaya dari semesta alam." (Aali Imran: 97 ).

Sebelum ini kita telah menjelaskan bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم berhaji sekali sahaja iaitu pada tahun 10 Hijriah. Manakala para Muslimin رحمهم الله telah berhaji pada tahun 9 Hijriah iaitu sesudah Fathu Makkah ( Pembukaan dan pembebasan Makkah ). Sahabat yang dilantik mengetuai haji ketika itu ialah Abu Bakr رضي الله عنه .

Pada tahun tersebut Nabi صلى الله عليه وسلم bersama para sahabat رضي الله عنهم tidak turut serta kerana orang-orang musyrikin masih berpegang kepada perjanjian Hudaibiyah. Mereka masih masuk ke dalam masjid dan bertawaf dengan bertelanjang. Lantaran itu Nabiصلى الله عليه وسلم menunda hajinya selama satu tahun.

Pada tahun 9 Hijriah itu Nabi صلى الله عليه وسلم menyuruh `Ali menyusul Abu Bakr radhiallaahu `anhuma dan menyampaikan kepada khalayak yang berkumpul pada hari Nahar ( hariraya ) bahawa orang-orang musyrikin tidak dibenarkan berhaji lagi pada tahun akan datang dan tidak boleh lagi bertawaf dengan bertelanjang.

Dengan demikian murnilah Kaa'bah sebagai tempat beribadah kepada الله dan murnilah Al Masjidil Haram untuk orang-orang yang mengerjakan tawaf, ruku' dan sujud.

Pada tahun 10 Hijriah Nabi صلى الله عليه وسلم mengerjakan haji yang kemudian terkenal dengan “ Hajjatul Wada “ ( Haji Selamat Tinggal atau Haji Perpisahan ). Haji yang dikerjakan Nabi

صلى الله عليه وسلم inilah yang menjadi pegangan kita dalam mempelajari ibadah haji dan `umrah.

Nafi` رحمه الله menerangkan , bahawa Abdullah Ibnu `Umar رضي الله عنه ber`umrah dua kali setiap tahun di masa pemerintahan Az Zubair رضي الله عنه .

Al Qassim menerangkan bahawa 'Aisyah رضي الله عنها ber`umrah dua kali dalam setahun. Ada orang bertanya adakah perbuatan 'Aaisyah رضي الله عنها itu dicela oleh sebahagian sahabat
رضي الله عنهم atau adakah yang mencelanya ? Al Qassim رحمه الله berkata : " Subhaanallaah ! tiada siapa yang mencela perbuatan Ummul Mu'minin radhiallaahu `anha. “

Demikianlah pendapat `Ulama رحمهم الله , disukai ber`umrah berulang kali dalam setahun seperti yang dilakukan oleh `Ali, Ibnu `Umar, Anas, Ibnu `Abbas dan `Aaishah

رضي الله عنهم , kerana Nabiصلى الله عليه وسلم bersabda : “Dari satu `umrah ke `umrah yang berikutnya adalah kaffarah ( pembersih dosa ) yang ada di antara keduanya.”( HR Ahmad, Al Bukhari dan Muslim رحمهم الله ).

Dan dari Ibnu Mas`ud رضي الله عنه , bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : " Iringilah ( susulilah ) antara haji dan `umrah kerana keduanya dapat menghilangkan kemiskinan dan dosa sebagaimana ahli logam membuang karat dari besi, perak, dan emas. Tiada lain pahala yang diterima haji yang mabrur kecuali syurga ." ( HR At Tirmidzi, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban . Kata At Tirmidzi : hadith ini darjatnya hasan sahih ) .

kata Ibnu `Abbas Radhiallaahu `anhuma bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda : “ Satu `umrah dalam bulan Ramadhan menyamai satu haji atau haji bersamaaku.“ ( HR Al Bukhari dan Muslim رحمهما الله ) .

Imam Malik رحمه الله pula tidak menyukai kita berihram lebih dari sekali dalam setahun.

Kata Ash Sheikh `Abdul `Aziz Bin Abdullah Bin Baz رحمه الله : “ Ada pun mengerjakan `umrah berulang kali selepas selesai mengerjakan haji dengan keluar untuk berihram ke Tan`im, Ji`raanah atau lainnya, sebagaimana yang dilakukan oleh sebahagian orang padahal sudah mengerjakan `umrah sebelum haji, tidak mempunyai satu dalil pun yang menunjukkan disyariatkan amalan ini. Bahkan nas-nas yang ada menunjukkan bahawa yang utama ialah meninggalkannya kerana Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan para sahabat رضي الله عنهم tidak pernah melakukannya setelah mereka menyelesaikan haji , kecuali `Aaishah رضي الله عنها . Beliau mengerjakan `umrah adalah kerana beliau belum lagi mengerjakan `umrah bersama orang lain ketika masuk Makkah kerana datangnya haidh. Kerana keuzurannya beliau meminta izin Nabi صلى الله عليه وسلم untuk mengerjakan `umrah , sebagai ganti umrahnya yang telah diniatkan sejak dari Miqat dan Nabi صلى الله عليه وسلم mengizinkannya . Dengan demikian beliau telah mengerjakan `umrah sebanyak dua kali, iaitu `umrah yang dilakukan bersamaan dengan amalan hajinya dan `umrah secara tersendiri. Oleh itu sesiapa yang mempunyai kes sama seperti `Aaiahah رضي الله عنها maka tidak mengapa dia mengerjakan `umrah selepas selesai haji kerana mengamalkan hadith ini dan memberi keluasan kepada umat Islam . Namun begitu, tidak diragukan lagi, selain `umrah yang telah mereka lakukan ketika masuk Makkah , adalah menyusahkan orang ramai dan menyebabkan berasak-asakan serta boleh menyebabkan kecelakaan , di samping menyalahi sunnah Nabi صلى الله عليه وسلم . “

Shaikhul Ibnu Taimiah رحمه الله memakruhkan memperbanyakkan keluar dari Makkah untuk mengerjakan `umrah sunat dan ianya bid`aah kerana ittifaq ( sepakat ) `ulama rahimahullah menyatakan bahawa ianya tidak pernah dilakukan oleh Nabi صلى الله عليه وسلم , para sahabat dizamannya kecuali `Aaishah رضي الله عنهم kerana kesnya berlainan seperti yang telah diterangkan di atas. Menurut beliau lagi mengerjakan `umrah pada selain bulan-bulan haji adalah lebih afdhal dari ber`umrah dalam bulan-bulan haji dan yang afdhal ialah dalam bulan Ramadhan kerana hadith :

“ `Umrah dalam bulan Ramadhan menyamai satu haji .“ ( HR Al Bukhari dan Muslim رحمهما الله ) .

Manakala Ibnul Qayyim رحمه الله pula berpendapat bahawa ber`umrah dalam bulan-bulan haji lebih afdhal dari ber`umrah pada selain bulan-bulan haji .

Pendapatnya ini berasas kerana menurut pandangannya bahawa masyarakat Jahiliyyah menganggap bahawa ber`umrah di bulan haji merupakan kejahatan besar. Mereka mengatakan bahawasanya `umrah dilakukan setelah berakhirnya bulan Safar apabila telah selesai jejak kaki orang berhaji dan semua mereka telah kembali dari haji .

Ada pun mengerjakan umrah sebanyak 7 kali sebagaimana dilakukan oleh sesetengah orang adalah menyalahi sunnah. Yang lebih teruk lagi ialah beriktiqad bahawa mengerjakan 7 kali umrah menyamai satu haji kerana tiada hadith yang menerangkanya. Oleh itu hendaklah menjauhkan diri dari berikiqadkan sedemikian kerana di khuatiri menambahkan hadith palsu. Sabda Nabi Sallallaahu `alaihi wasallam : Baransiapa yang mengtakan ucapan yang bukan aku ucapkan maka sesungguhnya dia telah menempah sebuah kerusi dalam neraka ".

Adalah lebih baik sekiranya seseorang yang telah selesai mengerjakan umrah buat pertama kalinya megerjakan pula umrah untuk arwah yang telah meninggal dunia. Selepas itu memperbanyakkan tawaf di Baitullah kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala memerintahkan kepada umat Islam agar mereka melaksanakan tawaf di Baitullah Ka’bah, sebagai rumah pertama yang dibinakan untuk manusia, di mana kaum muslimin berkumpul di tempat tersebut sebagai tanda berserah diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Demikian besarnya peranan tawaf dalam amalan haji dan umrah, sehingga Allah Subhanahu wa Ta'ala menjadikan amalan pertama yang dilakukan seorang yang menunaikan ibadah haji dan umrah ketika memasuki Masjidil Haram adalah tawaf. Demikian pula akhir amalan mereka diakhiri dengan Tawaf Wada’. Telah diriwayatkan dalam Al-Bukhari dan Muslim dari hadith `Aisyah radhiyallahu 'anha dia berkata:

“Sesungguhnya yang pertama Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam memulai dengannya ketika datang adalah berwudhu kemudian tawaf.”

Ini juga menunjukkan bahwa tawaf di Ka’bah merupakan ibadah yang mulia dan ketaatan yang amat besar, amalan yang sangat dicintai Allah Subhanahu wa Ta'ala. Sehingga seseorang tidak diperbolehkan melakukan tawaf di suatu tempat (selain Ka’bah) dengan maksud bertaqarrub kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata: “Kaum muslimin telah bersepakat bahwa tidak disyariatkan tawaf kecuali di Al-Baitul Ma’mur (Ka’bah). Sehingga tidak boleh tawaf di batu besar Baitul Maqdis, tidak di kamar Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam, tidak di kubah yang ada di bukit Arafah, dan tidak pula di tempat lainnya.” (Majmu’ Fatawa, 4/522)

Beliau rahimahullah juga berkata: “Di bumi ini, tidak ada sebuah tempat yang dibolehkan tawaf padanya seperti tawaf di Ka’bah. Barangsiapa berkeyakinan bahwa tawaf di tempat lainnya disyariatkan maka dia lebih jahat dari orang yang meyakini bolehnya solat menghadap selain Ka’bah. Sebab Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam tatkala berhijrah dari Makkah ke Madinah, beliau solat memimpin kaum muslimin selama 18 bulan menghadap ke Baitul Maqdis, yang menjadi kiblat kaum muslimin selama kurun waktu tersebut. Lalu Allah Subhanahu wa Ta'ala pindahkan kiblat ke arah Ka’bah dan Allah Subhanahu wa Ta'ala turunkan Al-Qur`an tentang hal tersebut, sebagaimana yang disebutkan dalam Surat Al-Baqarah. Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersama kaum muslimin solat menghadap ke Ka’bah yang telah menjadi kiblat, dan itu adalah kiblat Ibrahim dan para nabi selainnya. Maka barangsiapa yang menjadikan sakhrah (batu besar di Baitul Maqdis) pada hari ini sebagai kiblat yang dia solat menghadap ke arahnya, maka dia kafir murtad dan diminta bertaubat. Jika tidak mahu maka dia dibunuh. Padahal dahulu batu itu berstatus sebagai kiblat. (Al-Fatawa, 27/10-11)

KESIMPULANNYA :

Tidaklah menjadi kesalahan kita melakukan umrah yang sunat untuk kali yang kedua , sekiranya kita mempunyai wang untuk mengerjakan haji tetapi jika dengan sebab kita mengerjakan umrah maka kita tidak mempunyai wang untuk mengerjakan haji maka itu adalah salah dan mungkin jadi haram..

Walaubagaimanapun sekiranya kita nak kerjakan umrah sunat tetapi kalau ada jiran atau saudara mara kita memerlukan kewangan maka lebeh baik kita bantu mereka kerana itu keperluan yang lebeh mendesak . Dalam pada itu kalau kita nak juga pergi melancung ke tempat lain maka adalah lebeh baik kita mengerjakan `umrah.

Sekian semoga bermanfaat. WALLAAHU `AA`LAM. Semoga kita semua sentiasa dibimbing, diberkati, dirahmat dan di lindungi ALLAH dari segala musibah.Aamin Yaa Rabbal `aa lamin. Wassalaamu `alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Saudaramu sesama Islam

HUKUM WANITA PERGI HAJI DAN UMRAH TANPA MAHRAM

Assalaamu`alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Didalam buku saya , ada saya terangkan masalah ini tetapi buat masa ini saya tengah mengeditnya semula dan maaf saya tak boleh kirimkan lagi kepada anda.

Sebenarnya perbahasan ini bukan setakat perbahasan wanita mengerjakan haji atau `umrah tanpa mahram ( bukan muhrim ) sahaja tetapi ianya merangkumi hukum wanita bermusafir bersendirian tanpa ditemani oleh mahram, samada bermusafir untuk mengerjakan haji dan umrah atau bermusafir kemana sahaja.

Dibawah ini saya lampirkan sedutan dari buku saya .

Kata Imam An Nawawi رحمه الله dalam kitab “ Matan Al Iidhah Fil Manasik : Sekiranya dia seorang isteri maka wajib dia minta izin suaminya dan kaum kerabatnya. Sunat bagi suami mengerjakan haji bersama-sama isterinya. Suami berhak menghalang isterinya untuk mengerjakan haji atau `umrah sunat. Sekiranya isteri berihram juga maka suaminya boleh memaksanya bertahallul. Begitu juga haji atau `umrah wajib, suami berhak menghalang isterinya, mengikut pendapat yang azhar kerana isteri wajib mentaati suami dengan segera kerana walau pun haji itu wajib tetapi bukan dengan segera mengikut mazhab Shafi`e . Sekiranya isteri itu telah diceraikan maka suami berhak menahannya dari mengerjakan haji atau `umrah selama dia masih dalam `iddah, kecuali di didalam beberapa keadaan kerana hak suami terhadap isteri itu segera, manakala menunaikan haji fardhu tidak wajib mengerjakannya dengan segera “ .

Namun begitu sebahagian `ulama` tidak sependapat dengan Imam An Nawawi rahimahullah dalam masalah ini.


SYARAT WAJIB HAJI DAN `UMRAH UNTUK WANITA

Menurut `ulama fiqh رحمهم الله lagi , syarat wajib dan `umrah untuk wanita ialah semua yang telah dinyatakan dan ditambah dengan dua syarat yang khusus , iaitu ;-

Orang perempuan tidak wajib mengerjakan haji dan `umrah sehinggalah dia mempunyai suami atau mahram yang boleh menemaninya didalam perjalanan berdasarkan kepada hadith Ibnu `Abbas رضي الله عنه , katanya: Aku mendengar Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda : " Seseorang lelaki tidak boleh berdua-duaan dengan seseorang perempuan kecuali bersama mahramnya. Orang perempuan tidak boleh bermusafir melainkan bersama marham. Seorang lelaki berdiri lalu berkata : " Wahai Rasulullah! aku ditugaskan menyertai peperangan ini dan ini sedangkan isteriku hedak mengerjakan haji" Maka sabda Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda : " Pergilah dan kerjakan haji bersama isterimu . " ( HR. al-Bukhari, Muslim dan Ahmad bin Hanbal رحمهم الله ).

Mazhab Hanafi dan Mazhab Hanbali رحمهم الله : Mereka meletakkan syarat bahawa wanita tidak boleh keluar ( untuk mengerjakan haji ) melainkan bersama suami atau mahram.

Mazhab Syafie :
`Ulama Mazhab Syaafi'i رحمهم الله menyatakan bahawa jika ada beberapa wanita yang dapat dipercayai mendampingi wanita yang tidak mempunyai suami atau mahramnya mengerjakan haji, maka wanita yang tidak mempunyai suami atau mahram itu wajib mengerjakan haji. Ini bermakna bahawa disyaratkan bersama suami atau mahram atau beberapa orang perempuan yang thiqah ( dipercayai ) dan ada yang berpendapat cukup hanya dengan seorang perempuan yang thiqah sahaja.

Mazhab Maaliki :
Wanita dibolehkan keluar untuk mengerjakan haji dengan ditemani oleh seorang perempuan yang dipercayai. Dalil `ulama Mazhab Maaliki dan Mazhab Syaafie` رحمهم الله adalah firman الله dalam surah Aali 'Imran (3) ayat 97 di atas.

Menurut mereka, yang dipentingkan oleh ayat ini adalah keamanan bagi orang yang akan mengerjakan haji. Apabila keamanan wanita itu terjamin, maka dia wajib mengerjakan haji. Namun begitu ada satu syarat lagi yang mesti dipenuhi iaitu jarak di antara dia dan Makkah adalah perjalanan selama satu hari satu malam dan jika seseorang perempuan menyalahi syarat ini dan mengerjakan haji tanpa ditemani suami atau mahram, hajinya dikira sah tetapi dia berdosa.

Wanita itu pula bukanlah yang dalam keadaan menjalani masa `iddah, samada `iddah kerana talak atau pun `iddah kerana kematian suami. Syarat ini didasarkan atas firman الله dalam surah at- Talaq (65) ayat 1:
"...Janganlah kamu keluarkan mereka dari rumah mereka dan janganlah mereka diizinkan keluar..."

Dalam pada itu `ulama Mazhab Hanbali رحمهم الله membolehkan wanita yang dalam menjalani `iddah talak mengerjakan haji, tetapi melarang wanita yang kematian suami mengerjakan `ibadah haji. Alasan mereka ialah wanita yang sedang menjalani `iddah wafat wajib untuk tetap berada di rumah mereka, sebagai penghormatan terhadap suami mereka yang baharu meninggal. Sedangkan bagi wanita yang di talak tidak demikian. Wanita yang di talak suaminya, menurut mereka, tidak semestinya sentiasa di rumah, tetapi mereka dibolehkan bermusafir, khususnya dalam rangka menunaikan berbagai kewajipannya. Oleh sebab itu, apabila wanita yang di talak ini telah memenuhi syarat-syarat untuk melaksanakan `ibadah haji, maka wajib bagi mereka melaksanakan `ibadah haji, sebagaimana yang berlaku pada wanita yang tidak ber`iddah.

Ada juga ulama' رحمهم الله yang berpendapat cukup seorang wanita sahaja yang menjadi teman asalkan aman didalam perjalanan. Menurut pendapat yang lain mesti ada ramai wanita yang menemani.

As San'aani رحمه الله dalam kitab “ Subulus Salam “ menerangkan bahawa : “ Segolongan ulama' رحمهم الله berpendapat bahawa wanita yang telah tua boleh bermusafir tanpa mahram “.
Ulama` yang membolehkan wanita bermusafir tanpa mahram atau suami sekiranya ditemani oleh orang yang dapat dipercayai atau perjalanannya dianggap aman berdalilkan dengan hadith :
" Ketika aku bersama Rasulullah صلى الله عليه وسلم tiba-tiba dating seorang lelaki mengadu tentang kemiskinannya. Kemudian datang lagi seorang lelaki mengadu tentang halangan-halangan di perjalanan. Jawab Nabi صلى الله عليه وسلم : Hai `Adi! adakah engkau telah melihat kampung HAIRA, sebuah kota dekat Kufah ? `Adi menjawab : Saya belum pernah melihatnya tetapi pernah orang menerangkan kepadaku tentangnya. Nabi صلى الله عليه وسلم berkata : " Jika engkau hidup lama, nescaya engkau akan melihat usungan wanita yang berangkat dari Haira menuju Makkah dan bertawaf mengelilingi Ka'abah, tak ada yang ditakuti selain الله ."

Dan juga berdasarkan peristiwa isteri-isteri Rasulullah رضي الله عنهن telah pergi berhaji setelah diizinkan oleh `Umar رضي الله عنه , ketika kali terakhir `Umar berhaji , dengan ditemani oleh `Uthman Ibnu `Affan dan `Abdul Rahman Ibnu `Auf رضي الله عنهما. `Uthman رضي الله عنه melarang para jemaah mendekati rombongan isteri-isteri Rasulullah dan memandang mereka, sedang mereka duduk di atas usungan yang diletakkan di atas belakang unta.

Walau bagaimana pun sekiranya para wanita menyalahi aturan itu, iaitu pergi berhaji tanpa suami atau mahram yang dianggap wajib oleh sebahagian ulama' رحمهم الله , bahkan dijadikan syarat wajibnya haji, maka hajinya itu sah.

Kata pengarang kitab Subulus Salam : “ Ibnu Taimiyah رحمه الله berkata : " Sah haji yang dilakukan oleh wanita yang tidak disertai mahramnya dan haji yang dikerjakan oleh orang yang dipandang tidak sanggup mengerjakan haji. "

WALLAAHU `AA`LAM.

Harap penjelasan ini bermanfaat. Kepada ALLAH saya berserah . Semoga ALLAH membimbing kita semua kearah jalan yang benar. Aamin.

HUKUM BERSENTUH ANTARA LELAKI DAN WANITA AJNABI SEWAKTU TAWAF

Masalah Yang Dihadapi Jemaah Yang Bermazhab Shafie` SEWAKTU TAWAF

Kita sering mendengar rungutan dari jemaah haji dan `umrah yang bermazhab Shafi`e terutamanya yang datang dari Malaysia dan Indonesia. Mereka sangat berhati-hati takut wudhu` terbatal ketika tawaf. Ada yang menyarankan supaya bertaqlid mengikut ) mazhab yang lain dan ini dibolehkan kerana dharurat. Caranya ialah mengambil wudhu` mengikut cara mazhab yang ingin diikuti dan inilah yang kita lihat di dalam kebanyakan buku-buku yang dikarang tentang haji dan umrah.Sebenarnya kita tidak perlu mengikut mazhab yang lain kerana dalam mazhab Shafi`e sendiri terdapat 2 pendapat tentang masalah bersentuh diantara lelaki dan wanita seperti yang telah dikemukakan oleh Al Imam An Nawawi رحمه الله ,seorang ulama besar mazhab Shafi`e. Walau pun hanya segelintir sahaja ulama` Shafie` رحمهم الله yang mengatakan tidak membatalkan wudhu` namun kita boleh menerima pakai pendapat ini kerana dharurat apatah lagi jumlah yang mengunjungi Kaa`bah berganda-ganda ramainya dari zaman Al Imam An Nawawi dan ulama yang sebelumnya رحمهم الله . Dalam pada itu jumhur `ulama ( kebanyakan ulama`) termasuk Imam-imam mazhab kecuali Imam Shafi`e sahaja, berpendapat bahawa tidak batal wudhu` bersentuhan diantara lelaki dengan perempuan. والله أعلمKita sering mendengar rungutan dari jemaah haji dan `umrah yang bermazhab Shafi`e terutamanya yang datang dari Malaysia dan Indonesia. Mereka sangat berhati-hati takut wudhu` terbatal ketika tawaf. Ada yang menyarankan supaya bertaqlid mengikut ) mazhab yang lain dan ini dibolehkan kerana dharurat. Caranya ialah mengambil wudhu` mengikut cara mazhab yang ingin diikuti dan inilah yang kita lihat di dalam kebanyakan buku-buku yang dikarang tentang haji dan umrah.Sebenarnya kita tidak perlu mengikut mazhab yang lain kerana dalam mazhab Shafi`e sendiri terdapat 2 pendapat tentang masalah bersentuh diantara lelaki dan wanita seperti yang telah dikemukakan oleh Al Imam An Nawawi رحمه الله ,seorang ulama besar mazhab Shafi`e. Walau pun hanya segelintir sahaja ulama` Shafie` رحمهم الله yang mengatakan tidak membatalkan wudhu` namun kita boleh menerima pakai pendapat ini kerana dharurat apatah lagi jumlah yang mengunjungi Kaa`bah berganda-ganda ramainya dari zaman Al Imam An Nawawi dan ulama yang sebelumnya رحمهم الله . Dalam pada itu jumhur `ulama ( kebanyakan ulama`) termasuk Imam-imam mazhab kecuali Imam Shafi`e sahaja, berpendapat bahawa tidak batal wudhu` bersentuhan diantara lelaki dengan perempuan. والله أعلم

Friday, April 6, 2007

UMRAH DAN ZIARAH JORDAN/BAITUL MAQDIS 2007

Assalaamu`aalaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. , Muslimin dan muslimat,

Sekiranya anda berminat untuk mengerjakan umrah maka disini saya mengajak anda semua mengerjakan umrah sambil melihat kesan peninggalan umat silam yang telah dihancurkan ALLAH. Firman ALLAH : " Apakah mereka tidak mengembara diatas muka bumi ini melihat balasan yang ALLAH telah timpakan ke atas ummah yang terdahulu yang telah mendustakan ayat-ayat ALLAH"

Mengerjakan umrah merupakan hasrat setiap muslim dan muslimah. Namun begitu ramai yang telah mengerjakan umrah menyangka ibadah yang mereka laksanakan sudah menepati apa yang di lakukan oleh Nabi Sallallaahu`alaihi wasallam. Sewaktu mengerjakan umrah mereka membaca atau menghafaz semua doa' yang dimuatkan didalam kitab- kitab haji dan umrah yang melambak dijual di kedai-kedai buku. Adakah ini yang dituntut ketika mengerjakan umrah sedangkan hanya sebilangan kecil sahaja doa' yang diamalkan oleh Nabi Sallallaahu` alaihiwasallam, apakah doa-doa itu ? Adakah boleh kita menyaringkan suara sewaktu tawaf sebagaimana dilakukan oleh sebahagian jama'ah atau para Mutawwif ( Pembimbing ), yang dapat mengganggu orang lain yang sedang khusyu` melakukan tawaf ? Inilah yang menjadi salah satu sebab mengapa saya mengajak anda semua mengerjakan umrah bersama saya.

Pada tahun ini, insha` ALLAH saya mula bercuti pada 11.3.07 sehingga 12.6.07. Cadangan saya nak mengerjakan umrah sambil melawat Jordan untuk melihat laut mati, ashabul kahfi dan lain-lain lagi. Saya pernah ke Jordan pada tahun 1994, 1995,1996 . 3 Kali pergi ke Jordan dalam perjalanan ke Makkah. Saya pergi ke Jordan kerana orang-orang yang ikut saya nak melawat Baitul Maqdis. Alhamdulillah kami dapat melawat Baitul Maqdis tahun 1995 dan 1996.

Setelah itu pada cuti sekolah bulan Mei , insha` ALLAH sekali lagi saya akan mengerjakan umrah sahaja atau UMRAH/KAHERAH atau UMRAH/JORDAN dan mungkin melalui Jordan juga atau berpecah sekirany, tertakluk kepada permintaan. Kalau ramai ramai yang nak ikut serta, satu group ke Makkah sahaja dan satu group lagi Umrah dan ziarah ke negara Arab yang lain .

Walaubagaimana pun saya lebih suka kalau anda ikut saya pada hujung March atau bulan April ini kerana pada musim cuti sekolah, selain harga tiket naik 200RM – 300RM, jemaah umrah juga sangat ramai nanti terutamanya dari Malaysia. Mengikut perangkaan tahun-tahun lepas seramai 15000 rakyat Malaysia membanjiri Makkah pada musim cuti sekolah Mei/Jun,


Ada orang takut nak masuk Baitul Maqdis kerana tidak aman. Ramai orang yang tak faham. Sebenarnya Baitul Maqdis ialah sebuah daerah. AlMasjidil Aqsa terletak dalam daerah Baitul Maqdis Lama ( Old jurusalem). Al Masjidil Aqsa adalah kawasan yang selamat. Kalau tak selamat awal-awal lagi ( sebelum memasuki Baitul Maqdis ) kerajaan Jordan akan menutup boarder. Bayaran untuk ke Baitul Madis pula mahal. Sewaktu saya pergi tahun 1995 dahulu saya dan 14 orang lagi jemaah kena bayar 200USD untuk pakej 3 hari 2 malam di Baitul Maqdis, manakala tahun 1996 pula, saya dan 10 orang lagi jemaah dikenakan bayaran 150USD untuk 2 hari 1 malam . Yang mahal sebenarnya wang hangus, iaitu cukai masuk 27USD, cukai keluar 25USD dan bayar kepada kementerian Dalam negeri Jordan (boader tax ) 20USD. Kalau tak ada cukai2 ini memang murah harganya.

Saya rasa amat gembira bila pertama kali dapat menjejakkan kaki ke AlMasjidil Aqsa kerana memang saya bercita-cita sejak kecil lagi untukmelawatnya , setelah tok guru dipondok saya belajar di Kelantan menceritakan kisah lawatannya ke Baitul Maqdis pada tahun 1965. Ketika itu Baitul Maqdis masih dibawah kawalan kerajaan Jordan. Hanya pada tahun 1967 kerajaan Yahudi merampasnya dalam perang 6 hari sahaja. Sungguh sayang tempat suci ketiga jatuh ke tangan yahudi laknatullaah. Saya rasa sayu sewaktu berada dalam Al Masjidil Aqsa untuk menunaikan solat maghrib dan`isha`. Lama saya terpaku , amat sedih sekali, sama seperti kali pertama kita terpaku dihadapan Kaa`bah. Keesokannya saya mendengar azan sayup dari Al Masjidil Aqsa dan saya nak pergi solat di sana tetapi penjaga hotel tempat kami menginap menasihatkan agar bersolat di masjid berdekatan kerana bimbangkan keselamatan, maklumlah tengah gelap dan untuk ke Al Masjidil Aqsa kita mesti masuk kota lama Baitul Maqdis ,melalui rumah-rumah lama dan lorong-lorong yang berliku, seolah-olah kita hidup beratus-ratus tahun yang lampau. Saya tak puas tinggal diBaitul Maqdis 2 malam, sedih rasanya meninggalkan Baitul Maqdis , sama sedihnya ketika saya nak kembali ke tanah air selepas tamat belajar diMadinah 20 tahun dahulu. Insha` ALLAH, saya berazam, kalau panjang umur, sekiranya Baitul Maqdis jatuh ke tangan umat Islam kembali ,saya bercadang nak tinggal sebulan di sana. Mengikut hadith apabila yahudi di usir keluar dari Baitul Maqdis, itu tandanya amat hampir dengan qiamat.

Saya ini bukan travel agensi , Saya sendiri yang uruskan makan minum dan pengangkutan semasa di Tanah suci. Dalam erti kata lain macam backpack juga. Untuk lawatan kita boleh bincang bila nak melawat ke tempat-tempat bersejarah di Makkah dan Madinah. Begitu juga penginapan, nak yang murah, yang mahal semua boleh .

Sejak tahun 1994 hingga tahun lepas kami bermalam di Madinah 3 malam kerana tak puas 2 malam, lebih-lebih lagi saya pernah tinggal selama 6 tahun di Madinah. Pernah saya bermalam 4 malam di Madinah, rasanya sebanyak 2 kali. Tahun ini tak tahu lah nak tinggal berapa malam di Madinah. Kalau mahal sangat 3 malam sahaja lah nampaknya. Harga hotel di Makkah pula mengikut kategori, ianya lebih murah dari Madinah. Kos pengangkutan pula seperti berikut:
Bas Besar ( 45 passengers ) : 2500RM
Coaster ( 25 passengers ) : 1700RM
Van/GMC : 1200RM
Ini ialah harga pada tahun-tahun lepas. Pada tahun ini rasanya tidak berubah.
Kos pengangkutan juga bergantung kepada bilangan jemaah. Kalau jemaah ramai dapat jimatkan kos tetapi kalau sedikit susah lah nak cover. Begitu juga penginapan , kalau ramai mungkin 1 atau 2 orang dapat percuma.

Sekiranya rombongan kita dalam lingkngan 18 orang ke atas biasanya saya sewa bas besar yang bermuatan 45 orang kerana ianya lebih selesa.

Tentang penginapan pula memang sejak dahulu lagi kami menginap di bilik yang mempunyai bilik air didalamnya, bermakna bilik air tidak berkongsi dengan orang dari bilik yang lain.Yang mana berkelamin saya letakkan 2 orang sebilik.
Ceramah atau tazkirah akan diadakan dan disampaikan oleh saya sendiri, insha` ALLAH.

Dengan ini saya mengajak sesiapa yang berminat nak ikut serta boleh lah e mail kat saya secepat mungkin kerana saya bercadang nak pergi pada hujung Mei atau bulan April .
Seperti yang saya jelaskan kalau makin ramai makin murah kerana boleh cover bayaran bas.


Sekian semoga penjelasan saya ini bermanfaat.Semoga kita semua dibimbing ALLAH.

Wassalaamu`alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh

Saudaramu sesama islam
naasiha@yahoo.com

Saturday, March 31, 2007

UMRAH BULAN RABI`UL AWWAL DAN SYAWWAL

Assalaamu`alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh


Ada orang suka mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan dan berhariraya di sana. Memang bagus sekali berpuasa disana. Mengerjakan umrah dalam bulan Ramdhan meyamai satu kali haji atau haji bersama Nabi Sallallaahu `alaihi wasallam. Namun begitu bagi sesiapa yang nak berpuasa dan brhariraya di sana mesti uruskan visa cepat kerana visa umrah ditutup pada 15 Ramadhan, tapi tak tentu juga, undang-undang tok `Arab ni selsalu berubah. Oleh itu nasihat saya kepada yang nak sambut syawwal di sana supaya uruskan visa awal-awal lagi supaya tidak terkandas nanti. Mereka yang pergi dalam bulan Syawwal ini pula mesti keluar dari `Arab Saudi sebelum 15 Syawwal(27.10.2007 )kerana jemaah haji mula sampai .

Pada tahun-tahun hadapan saya nasihatkan kepada sesiapa yang nak pergi mengerjakan umrah dalam bulan Rabi`ul Awal biarlah tengah bulan kerana kita bimbang visa umrah tak dikeluarkan lagi , sepertimana berlaku di tahun-tahun yang lepas mengakibatkan ramai jemaah terkandas dan tarikh keberangkatan ditunda.Saya selalu menasihati orang yang nak pergi dengan saya tahun-tahun lepas agar kita tidak pergi awal bulan Rabi `ul Awwal kerana belum tentu permohonan visa umrah dibuka. Kita tak boleh lihat senario tahun lepas kerana undang-undang arab ini tak selalu sama, tahun ini lain, tahun depan pula lain. Undang-undang yang mereka buat boleh berubah bila-bila masa sahaja.

Banyak travel agensi yang telah menempah seat pesawat Saudia kerana mengikut perkiraan mereka di tahun-tahun lepas walau pun mereka tak dapat visa umrah tetapi kedutaan Arab Saudi mengeluarkan visa ziarah untuk mereka yang menaiki pesawat Saudi Arabia sahaja. Manakala mereka yang nak menaiki pesawat yang lain terkandas.

Sebenarnya pemberian visa ziarah ini hanya diberikan semenjak beberapa tahun kebelakangan ini sahaja. Sebagaimana yang saya jelaskan bahawa undang-undang Arab ini tak menentu dan boleh berubah bila-bila masa sahaja.WALLAAHU `AA`LAM

Kebanyakan travel agensi salah perhitungan, tiga tahun lepas, kalau tak silap saya , visa mula dibuka untuk permohonan pada 15 Safar. Kemudian selepas itu pada tahun berikutnya travel agensi fikir visa dibuka seperti tahun sebelumnya, oleh itu mereka berlumba-lumba booking tiket awal ( siapa cepat dia dapat ) tetapi malangnya sangkaan mereka tak betul akibatnya ramai jemaah terkandas dan penerbangan mereka ditunda. Begitulah setiap tahun ada yang terkandas kerana nak pergi awal sedangkan belum tentu visa di buka awal.

Untuk pengetahuan semua ,berdasarkan pengalaman saya yang pernah tinggal lebih kurang 6 tahun di Madinah , bahawa setiap tahun tarikh visa umrah mula dibuka berubah-ubah. Ini bergantung kepada kementerian Dalam Negeri Arab Saudi. Apabila menterinya berpuas hati dengan gerakan pembersihan pendatang asing , barulah visa umrah dibuka.

Sejak 15.3.2007 visa umrah telah dibuka untuk permohonan tetapi malangnya pihak kementerian Haji di Makkah tidak membuka sistem nya menyebabkan syarikat menguruskan visa tidak dapat no siri visa umrah dan menyebabkan tidak dapat menguruskan visa. Minggu lepas saya pergi ke syarikat menguruskan visa iaitu Umrahaj dan disitu saya lihat beribu-ribu pasport yang tak dapat lagi di uruskan visa disebabkan yang telah saya sebut sebentar tadi. Passport yang paling banyak ialah dari syarikat Andalusia sebanyak lebih dari seribu kemudian di ikuti oleh Tabung Haji.

Hari jumaat barulah kementerian Haji buka sistemnya tetapi no siri tak dapat lagi. Mengikut rakan saya tuan punya syarikat Umrahaj hari ahad ini baru dapat no siri tetapi paspot hanya boeh diserahkan kepada kedutaan Arab Saudi pada hari Isnin. Saya tak dapat bayangkan bagaimana kedutaan Saudi nak chop visa di paspot kerana ribuan paspot nak diuruskan.

Walau bagaimana pun marilah kita sama-sama berdoa supaya semua jemaah yang nak pergi bulan March ini dihantar ALLAH ke tanah suci . Hanya kepada ALLAH tempat kita bermohon. ALLAH berkuasa diatas segala-galanya.

Dengan ini sekali lagi saya mengingatkan kepada semua dan juga pihak travel agensi yang melayari laman ini agar tidak mengulangi lagi kesilapan pada tahun-tahun hadapan. Janganlah kita sangka tahun lepas kementerian haji membuka permohonan visa pada 1 rabi`ul awwal dan pada tahun ini pun begitu juga. Seperti yang saya telah jelaskan sebelum ini tok `Arab ini tak menentu. Mereka boleh mengubah undang-undang bila-bila masa sahaja. Oleh itu di tahun-tahun hadapan kalau nak advertise pakej umrah atau nak tempah flight biarlah selepas 15 Rabi`ul Awwal supaya lebih selamat. WALLAAHU `AA`LAM

Sekian semoga bermanfaat

Wassalaamu` alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

UMRAH MUSIM CUTI SEKOLAH,RAMADHAN DAN MUSIM PUNCAK

Assalaamu`alaikum semua. Saya harap anda semua di beri kesihatan oleh ALLAH untuk mengabdikan diri kepadaNYA.

Kali ini saya ingin terangkan kepada anda tentang berumrah dalam waktu puncak ( peak season ) seperti cuti sekolah di Malaysia, cuti di Negara –negara Arab teluk dan bulan Ramadhan. Harganya naik antara 200 RM - 300RM.

Harga tidak menjadi masalah.bagi anda , walau pun harganya naik rasanya anda mampu membayarnya tetapi masalah yang paling utama ialah untuk mendapatkan seat pesawat kerana terlalu ramai orang nak pergi cuti sekolah. Mengikut rekod tahun-tahun lepas seramai 15000 rakyat Malaysia pergi Makkah sewaktu cuti sekolah. Bayangkanlah berbelas ribu rakyat Malaysia mengerjakan umrah cuti sekolah, oleh itu semua pesawat yang beroperasi ke Jedah tak dapat nak menampung jemaah yang ramai. Setiap tahun ramai jemaah yang nak pergi betul-betul dalam cuti sekolah terkandas dan penerbangan mereka ditunda.


Saya pun nak pergi cuti sekolah bulan Mei ini tetapi saya beri cadangan sekiranya boleh , kita pergi mungkin beberpa hari sebelum cuti sekolah atau minggu pertama dalam cuti kerana nak dapatkan seat betul-betul dalam cuti sekolah amat sukar sekali.

Sepanjang saya memimpin jemaah , sebanyak 4 kali kami berangkat dalam cuti sekolah dan satu kali dalam bulan puasa. Untuk pengetahuan anda musim cuti sekolah dan bulan puasa adalah musim puncak, harga ticket naik antara 200RM - 300 RM dan nak dapatkan seat adalah sukar tetapi melalui cara yang saya lakukan alhamdulillah setakat ini saya tidak pernah terkandas. Tahun-tahun lepas saya beritahu jemaah bahawa belum tentu akan dapat seat pada tarikh yang kita inginkan, cuma saya boleh berikhtiar sahaja dan jangan terlalu mengharapkan sangat tarikh yang kita nak pergi kerana mungkin kita dapat seat sebelum bermulanya dua tiga hari atau 1 minggu cuti sekolah atau sesudahnya.

Oleh kerana saya cakap begitu , ada jemaah yang tidak yakin kepada saya dan tak mahu pergi dengan saya. Saya nak buat macam mana, saya tak akan berjanji sepertimana orang lain berjanji yang akhirnya tarikh ditunda.

Seperti yang saya telah jelaskan dalam mesej terdahulu bahawa pada cuti sekolah 2004 , sewaktu saya nak mengerjakan `umrah kawan isteri saya nak ikut sama ,namun begitu suaminya nak pergi dengan orang lain yang mem promote kan umrah di tempat kerjanya. Jemaahnya lebih 50 orang. Puas dia pujuk suaminya pergi dengan saya dan saya juga menyatakan kepada suaminya tentang pengalaman saya, Saya katakan kepadanya bahawa mengikut pengalaman saya yang dah beberapa kali buat urusan umrah pada waktu cuti sekolah, amat sukar nak dapatkan seat pesawat lebih-lebih lagi kalau kita bawa jemaah yang ramai tetapi walaubagaimana pun Alhamdulillah , setakat ini jemaah saya tidak pernah tergendala . Dia berkeras menyatakan bahawa orang itu kata ada banyak seat. Saya kata ,orang itu cakap begitu kerana takut kita lari ke travel agensi yang lain dan inilah yang selalu berlaku. Oleh kerana dia terlampau percaya kepada orang itu saya tak dapat nak berbuat apa-apa.

Mengikut jadualnya dia bertolak dahulu daripada saya tetapi akhirnya saya dan jemaah saya seramai 10 orang ( termasuk saya ) bertolak dahulu ke Makkah sedangkan dia belum bertolak lagi kerana ditunda keberangkatan beberapa kali. Dia lewat 3 hari dari saya.

Di Makkah, kami bertemu dengannya dan dia menceritakan kesukarannya kerana banyak kali transit, ada diantara jemaah itu terkandas di Yaman kerana tiket tak confirm. Kemudian dia berangkat ke Jedah 2 hari sebelum saya . Ini bermakna pakej dia hanya 10 hari sedangkan janjinya 2 minggu. Tiba-tiba pada malamnya dia datang ke tempat saya , mengatakan mereka balik semula ke Makkah kerana tiket tak dapat confirm. Dia kata ustaz dan ustazah yang membimbing mereka menyuruh membayar dam seekor kambing kerana mereka sudah pun mengerjakan tawaf wada`( yang benar sebutannya ialah wada` , bukan wida` ) . Saya suruh dia beritahu jemaahnya supaya jangan menbayar dam , apabila keluar dari Makkah nanti hendaklah sekali lagi mengerjakan tawaf wada`.

Tahun lepas bapa sepupu saya ( sepupu ayah saya ) yang tanya saya umrah cuti sekolah. Saya beritahu dia bahawa cuti sekolah susah nak dapat seat . Bapa sepupu saya dan 60 orang rakan-rakan dan jirannya nak ikut pergi bersamanya dan dialah yang mereka serahkan untuk buat urusan. Mereka ini semua nak naik pesawat MAS atau Saudia kerana tak nak singgah dimana-mana tempat. Saya katakan sukar nak dapat seat MAS dan Saudia pada musim cuti sekolah tetapi kalau nak naik pesawat Qatar insha` ALLAH saya boleh ikhtiarkan.

Mungkin ada yang beranggapan bahawa pesawat Saudi turun di Madinah tetapi untuk pengetahuan anda walau pun boleh turun di Madinah tidak semestinya sampai di Jedah terus dapat naik pesawat ke Madinah kerana ada yang tunggu berjam-jam sehingga 6 jam pun ada untuk mendapatkan pesawat ke Madinah. Saya sejak dari dahulu lagi tak mahu naik Saudia kerana pesawatnya bukan baru, pesawat-pesawat yang baru digunakan untuk destinasi ke Eropah.

Sebelum itu dalam bulan Mei 2007 saya pergi dengan pesawat Qatar. Kawan saya , lulusan Universiti Ummul Qura , Makkah menolong saya mendapatkan seat Qatar Airways. Jadi senanglah saya nak dapat ticket Qatar. Ada pun kalau nak naik pesawat MAS saya boleh cuba ikhtiarkan tetapi saya tak boleh beri jaminan. Walau bagaimana pun , saya kata kepadanya, sepanjang saya berikhtiar setakat ini berjaya. Bapa sepupu saya kata sekarang ini begitu banyak travel agensi kata boleh naik MAS dan ada banyak seat sewaktu cuti sekolah. Saya kata kepadanya , memang itu janji travel agensi tetapi bukan kuasa mereka nak beri seat . Travel kata begitu kerana takut pelanggan lari ke travel lain. Oleh kerana saya tak dapat meyakinkan mereka , bapa sepupu saya berurusan dengan sebuah travel ( tak perlu sebut nama disini ) yang dah berjanji dengannya dapat naik pesawat MAS.

Selepas itu saya tak bertemu lagi dengan bapa sepupu saya itu. Akhirnya apa jadi ?? Di Makkah saya bertemu dengannya dan saya tanya bertanya. Dia malu-malu menceritakan apa yang telah berlaku. Yang malangnya mereka dapat pergi setelah seminggu cuti sekolah berlalu dan keinginan mereka nak bertolak serentak dengan pesawat MAS tak berjaya, semuanya naik pesawat Qatar dan kumpulan mereka berpecah pula, tak dapat bertolak pada tarikh yang sama. pula. Dia kata , memang betul apa yang saya kata dahulu. Saya kata kepadanya : " Kalau nak naik pesawat Qatar insha` ALLAH rombongan ini tidaklah berpecah seperti sekarang ini kerana rasanya kawan saya dapat menolong untuk dapatkan seat pesawat Qatar ". Dia juga dapat merasakan bahawa harga pakej nya jauh lebih tinggi, lebih-lebih lagi penginapannya jauh dari Al Masjidil Haram.

Saat yang paling genting sekali bagi saya untuk mendapatkan seat pada waktu cuti sekolah ialah tahun 1994, iaitu kali pertama saya bawa jemaah seramai 15 orang . Ketika itu cuti sekolah bulan Desember. 2 minggu sebelum cuti sekolah, Dr Mahathir umumkan bahawa rakyat Malaysia dibenarkan melawat Baitul Maqdis dan mereka yang ingin mengunjungi Baitul Maqdis diminta datang ke immigresyen untuk dicopkan passport nya. Sejak pengumuman itu, ramai rakyat Malaysia berebut-rebut nak naik pesawat Royal Jordanian ( RJ ) kerana Amman, ibu negara Jordan adalah pintu masuk untuk ke Baitul Maqdis kerana urusan visa dibuat di Amman.

Ketika itu saya berada dalam saat yang sukar kerana semua jemaah nak naik pesawat RJ sedangkan nak masuk ke Baitul Maqdis belum tentu dapat lagi. Saya dapat tahu ini kerana saya tanya Manager RJ sendiri dan dia kata masih tak jelas lagi kerana kerajaan Jordan dan Israel baru nak berbaik-baik, belum ada hubungan diplomatic lagi, nak pergi ke Baitul Maqdis itu kalau boleh pun agak sukar urusannya. Saya beritahu ini kepada jemaah tetapi kata mereka , sampai di Jordan nanti kita berusaha lah, kalau tak dapat tak mengapa, mungkin tak ada rezki kita.

Oleh kerana terlalu ramai yang nak naik pesawat RJ, ticket RJ yang sebelum ini harganya paling murah ( lebih kurang harga ticket pesawat Bangladesh ) mula melambung tinggi harganya. Walau pun harganya tinggi , ini tidak mematahkan semangat orang ramai. Bayangkanlah bagaimana saya nak beli ticket . Saya buka directori talipon , cari no. talipon travel dan menalipon lebih dari 30 buah travel agensi. Akhirnya saya dapat tahu sebuah travel agensi ada buat block booking dengan RJ. Kemudian saya talipon manager RJ, orang cina beragama kristian, namanya Willson. Willson mengesahkan yang travel itu telah buat block booking dan meminta saya cepat-cepat hantarkan nama jemaah dan bayar penuh wang ticket kerana masa dah suntuk. Saya pergi sendiri ke pejabat RJ setelah saya beritahu travel itu dan minta dia datang ke pejabat RJ. Disana saya bertemu dengan Willson dan mengucapkan terima kasih kepadanya. Alhamdulillah , akhirnya saya dan rombongan dapat naik pesawat RJ. Namun begitu kami tak dapat melawat Baitul Maqdis kerana pihak kementerian Dalam Negeri Jordan tidak mengeluarkan pass untuk menyeberang sempadannya. Untuk pengetahuan anda sepanjang saya memimpin jemaah, saat inilah yang paling sukar sekali, tiap-tiap hari saya talipon travel.

Sejak tahun 1994 lagi saya berurusan dengan travel agensi kerana saya beli tiket dari mereka. Oleh kerana lama berurusan dengan travel agensi maka saya dah faham sangat dengan sikap dan attitude tuan-tuan punya agensi.

Oleh itu berhati-hatilah berurusan dengan travel agensi kerana kalau anda tanya mereka , mereka jawab boleh sahaja sedangkan mereka pun tak tahu samada boleh dapat seat atau tidak. Kalau mereka kata " nanti kita buat tempahan dan tak tahu lagi samada boleh dapat seat atau tidak ", mereka takut jemaah lari kepada travel yang lain. Sebab itulah mereka kata boleh pergi dalam cuti sekolah.


Sebagaimana yang telah saya jelaskan bahawa matlamat utama rakyat Malaysia memilih pesawat RJ ialah untuk melawat Baitul Maqdis. Oleh kerana keadaan di Baitul Maqdis sejak 6 tahun kebelakangan ini tidak menentu maka jumlah rakyat Malaysia yang berkunjung ke Baitul Maqdis amat berkurangan, oleh itu pesawat RJ tidak lagi mendarat di KL , lebih-lebih lagi sejak KLIA beroperasi, sudah banyak pesawat dari Negara `Arab tidak lagi mendarat disini. Sekarang kalau kita nak naik pesawat RJ , kita kena naik di Bangkok untuk ke Amman, Jordan dan dari situ ke Jedah.

Untuk pengetahuan anda, ada di antara travel egensi yang tidak mahu mengatakan kepada pelanggan perkara yang sebenarnya berlaku berkaitan dengan urusan penempahan tiket ( seat pesawat ).Ini adalah disebabkan sekiranya mereka katakan perkara yang sebenar , mereka takut pelanggan lari ke travel yang lain. Sebab itulah kalau kita tempah tiket pada tarikh yang ditetapkan seringkali kita dapat jawapan yang memuaskan dan meyakinkan, tetapi akhirnya mungkin tarikh itu ditunda. Mereka bukannya menipu wang jemaah, jarang sangat yang menipu jemaah. Cuma yang selalu berlaku ialah penangguhan penerbangan. Inilah antara sebab-sebab mengapa saya uruskan sendiri jemaah saya. Saya hanya beli tiket melalui travel egensi dan saya tak bayar wang deposit tiket sekiranya tiket tak dapat confirm lagi.

Bagaimanakah seat dapat di confirm kan ? Ini bergantung kepada musim, kalau peak season biasanya 2 minggu tapi ada juga seminggu dari tarikh berangkat barulah dapat di confirm kan. Kenapa saat akhir baru dapat cinfirm seat ? Sebab pihak airlines teragak-agak nak beri seat kepada travel agensi mana, maklumlah banyak permintaan. Selalu juga airlines ni jual mahal dan tak mahu layan permintaan travel agensi yang mungkin setiap hari merayu staff airlines.


Didalam urusan airlines ada satu istilah yang di panggil block seat . Sebagai contohnya travel agensi awal-awal lagi minta pihak airlines block seat , mungkin 3, 4, 5 atau 6 bulan sebelum tarikh keberangkatan tetapi mereka tak bayar wang deposit. Wang deposit yang dibayar bukannya banyak , 100RM atau 200RM shj utk setiap seat. Katakan mereka block 50 seats untuk penerbangan 10.5.2007. Apabila ada jemaah yang minta tarikh tersebut mereka kata : oh, memang tarikh itulah yang kita tetapkan. Jemaah pun senang hati. Akhirnya penerbangan mereka ditunda. Kenapa Ya ? Sebab travel agensi yang block seat untuk 50 penumpang menjangkakan seat itu dapat di confirmkan oleh airlines nanti tetapi hingga saat-saat akhir tak dapat di confirm dan pada akhirnya terpaksa ditunda pada tarikh yang lain. Inilah yang kerap berlaku setiap tahun, terutamanya waktu musim puncak.

Sekiranya mereka bayar wang untuk block seat 100RM atau 200RM besar kemungkinan seat mereka dapat confirm awal. Namun begitu ada juga yang tak dapat confirm. Ini berlaku kerana kemungkinan ada travel yang nak block seat bayar deposit lebih dari itu. Ada pun travel agensi yang buat block seat awal-awal lagi tetapi tidak bayar wang deposit ialah kerana mereka takut seat yang mereka block contohnya 50 seats, tidak dapat mencapai sasaran ( tidak dapat mencari pelanggan ) pada waktu airlines beri tempuh akhir untuk bayar deposit. Kalau mereka bayar deposit awal-awal lagi sebenarnya mereka tak rugi kerana mereka boleh jual seat itu kepada rakan mereka dari travel agensi yang lain.

Dalam pada itu ada travel yang block banyak seat dengan harapan dapat mencari pelanggan sebelum tarikh akhir pihak airlines tetapkan untuk bayaran penuh, Travel ini mungkin awal-awal lagi bayar deposit 100RM untuk satu seat atau pun 200RM tetapi hingga saat-saat akhir dia tak dapat cari pelanggan untuk memenuhi semua seat yang di block. Oleh itu dia pun bertindak menjual seat yang di block itu kepada travel agensi yang lain dengan harga yang lebih tinggi dari yang dijual oleh airlines.Dalam hal ini selalunya akan berlaku tawar menawar diantara mereka. Oleh itu travel agensi yang beli tiket dari travel agensi yang buat block seat itu terpaksa membayar harga tiket yang tinggi. Sebab itulah harga tiket diantara satu agensi dengan yang kain tidak sama harganya. Ini selalu berlaku pada musim cuti sekolah.

Jadi dengan keterangan ini kita dapat lihat dengan jelas bahawa travel agensi mestilah rapat dengan kakitangan airlines, terutama dengan staff airlines yang ada kuasa untuk memberi seat.


Dengan keterangan ini juga, kita boleh buat kesimpulan bahawa travel yang besar dapat bolot tiket dengan buat block seat dan menjualnya kepada travel yang lain . Adakah travel besar ini banyak duit untuk membayar deposit block seat ?

Mungkin ini benar tetapi ada juga travel kecil boleh block tiket walau pun tiada wang. Bagaimana mereka lakukan ? Ini satu lagi rahsia travel yang mungkin tak ramai orang tahu. Seperti dalam mesej yang lepas saya ada katakan bahawa ada travel ejen yang tak bayar makan kepada caterer di Makkah dan Madinah. Travel yang jujur hanya berhutang sahaja tetapi ada yang tidak jujur dan sengaja tak mahu bayar. Apabila caterer minta bayar macam-macam dalih mereka. Akhir sekali caterer ini tak mahu lagi berurusan dengan travel yang tak jujur ini. Travel yang tak jujur ini akan pergi kepada caterer lain pula dan dibuatnya macam itu juga.

Begitulah mereka lari dari satu caterer kepada yang lain. Travel yang tak jujur ini sudah tentu banyak wang kerana tak bayar wang makan kepada caterer sedangkan jemaah bayar harga pakej penuh kepada mereka.

Travel yang tak jujur ini, ada yang block banyak seat dan dia dapat bayar deposit kepada airlines. Apabila travel agensi yang lain tanya tiket dari airlines mereka diberitahu bahawa banyak tiket telah di block oleh syarikat travel tadi. Sehinggalah saat akhir travel tadi pegang seat menyebabkan travel lain terpaksa membeli tiket darinya.

Cerita ini saya tahu 2 tahun lepas. Pada mulanya saya nak beli tiket dari sebuah travel agensi, staff nya kata travelnya tak ada buat block seat, kalau nak beli tiket contact tuanpunya sebuah syarikat travel ( tak nak sebut namanya disini ) ini ada banyak tiket. Saya pun contact Travel itu. Dia tanya saya nak beli tiket pesawat apa, semuanya ada.


Apabila saya sampai di Madinah kawan saya ( caterer ) mengeluh apabila dapat tahu saya beli tiket dari travel itu. Saya yang tak tahu menahu itu tanya dia " Kenapa ? " , dia kata dah banyak caterer yang tak mahu lagi menerima jemaah travel itu kerana tak bayar wang makan dan juga banyak hutang dengan taukeh-taukeh `arab pemilik hotel. Pemilik-pemilik hotel ini tak mahu lagi menerima jemaah dari travel itu kecuali wang penginapan di Madinah. dibayar . Saya pun terkejut mendengar yang demikian. Travel ini suruh saya bawa jemaahnya seramai 10 orang dan saya pun tidak minta wang dari travel itu kerana membawa jemaahnya tetapi dia berikan kepada saya 120 RM untuk setiap jemaahnya. Walaubagaimana saya katakan kepada kawan tadi travel itu beri saya wang makan, penginapan, pengangkutan dan lain-lain lagi untuk jemaahnya. Dalam erti kata lain travel itu tidak menipu saya. Kawan saya kata harga pakej Umrah travel itu jauh lebih murah dari travel agensi lain, memang boleh lah travel itu buat pakej umrah murah dari travel lain kerana travel itu hanya hantar jemaah kepada wakil ( caterer ) di Makkah dan Madinah tetapi tak bayar apa-apa.

Tahun lepas saya tanya travel itu ada tiket pesawat apa. Dia kata ada macam-macam kalau nak beli tetapi saya tak mahu lagi beli tiket darinya.Walau pun dia tak tipu saya tetapi sekiranya saya beli tiket darinya bermakna saya bersyubhat dengannya . Kasihan jemaah travel itu. Mereka tak tahu apa-apa tentang ini.

Seorang kawan saya yang telah 5 tahun berurusan dengan travel itu . Tahun lepas dia minta travel itu booking hotel untuk jemaahnya seramai 70 orang di Madinah. 10000RM dibayar kepada travel itu kerana katanya nak hantar wang ke Hotel yang ditempah. Kawan saya ini silap kerana sebelum ini dia berurusan dengan kawan ( caterer ) di Madinah untuk urusan penginapan. Sesampainya di Madinah berlakulah perkara yang tak sepatutnya berlaku, kawan ni dan rombongannya 2 buah bas berhenti di hadapan hotel itu tetapi tuan punya hotel kata tak ada buat booking. Kelam kabut jadinya. Bayangkan jemaahnya ramai , dah lah letih naik pesawat Bangladesh, kemudian kena tunggu lama pula untuk selesaikan urusan penginapan. Kelam kabut caterer di Madinah cari hotel untuk jemaah yang ramai ini.Akhirnya mereka semua ditempatkan di 2 buah hotel yang berasingan dan jauh pula dari masjid.

Sebenarnya selain dari travel itu , ada lagi travel yang sama dengannya yang saya dapat tahu dari caterers di Makkah dan Madinah. Saya tak berurusan dengan travel-travel seperti ini.

Pada bulan Mei tahun ini
saya sendiri tak pasti lagi samada nak pergi betul-betul cuti sekolah atau beberapa hari sebelum cuti sekolah. Cuma saya buat cadangan sahaja untuk mengelakkan kesukaran.

Sekian semoga kita semua di bimbing ALLAH. Aamin Yaa Rabbal `aalamin.